Thursday, September 29, 2011

Hari Raya di bumi Madinah

30 Aug 2011

Berpuasa di Madinah suasana sangat berbeza. Memang murah rezki kat sana. tak payah beli makanan pon takpe. Sepanjang perjalanan ke masjid waktu magrib mesti banyak orang yang sedekah. Yougurt, roti, nasi macam-macam lah. 




Macam tu jugak time raya berhari raya di Madinah merupakan pengalaman yang berbeza dari raya2 yg pernah aku lalui. Malam before raya, terdengar takbir di sepanjang jalan..Pagi raya, orang ramai solat hari raya. Dari segi masakan dan pakaian macam biasa. Berbeza di Malaysia, dah macam pertandingan fesyen..cuma yang bergaya, tentulah kanak-kanak..diaorang pakai dress yang kembang2 gitu.. Time solat raya, kanak-kanak ni akan bagi kite candy, tasbih atau sapukan minyak wangi kat pergelangan tangan. Kan sunat berwangi-wangian di hari raya..



Tuesday, September 27, 2011

Pengalaman ke Raudhah (makam Rasulullah)

29 Aug 2011


Free activities..So hardly trying pergi Raudhah (makam Rasulullah). Salah satu tempat yg mustajab doa. Peluang yang ada, kteorg x mo sia2 kan..Nasib baik mak mertua aku da pernah pergi 2008 & 2010. Tp dia ckp, kali ni mmg ramai org. May be sebab bln Ramadhan. Kemeriahan kat sini time bln Ramadhan..


Lepas Subuh, kteorg blk hotel & mandi dulu..sepatutnya lepas subuh, dah boleh line up terus. tp kteorg tau confirm lambat, org dari M'sia,Indonesia & Singapore mesti dapat masuk last2. Sebab kate diaorang..kteorg ni agk penyabar & mengikut kata nak banding dgn jmaah dari negara lain..Tp memang betul pun, bab rebut2..gasak menggasak memang org M'sia kalah..dari segi size pun kite dah kalah, payah la nak protect diri. Dari pukul 7 kami tggu, pukul 9 baru dapat masuk..


Pintu nak masuk Raudhah (Makam Rasulullah) Mana boleh bwk camera dalam masjid ni, so amek pic pun sorok2


Pandangan dari luar (bawah qubah hijau tu lah tempat Makam Rasulullah)
Bila dah dapat pijak carpet hijau (Raudhah) rasa sgt tak percaye..org berasak2 sampai kite dah x boleh nak solat cz xde ruang pon..Group kteorg yg lain kat belakang & diaorg solat berkepung. Aku dgn mak mertua dah terlepas ke depan. dah tak boleh nak tggu lagi, aku solat je (tawaqal) mak mertua jaga..lepas percubaan kali ke 3 utk solat, baru berjaya..asek terbatal coz org tolak menolak. Time nak sujud,memang berdebar-debar sebab dalam hati terdetik kalau org jatuh atas aku..mati!!!Tp Allah tu maha mendengar..sentuh je dahi kat carpet hijau,air mata terus turun,laju...Subhanallah..sukar nak gambarkan perasaan bersyukur tu mcm mana. dengan keadaan yg sesak & bertolak2 masih diberi peluang utk berdoa pd Allah & air mata laju turun x berenti2...aku dpt sujud & berdoa dgn tenang. Alhamdulillah syukur sgt2. oklah..nanti sambung lagi ye..tiba2 rase sedey plak..teringat kat sana...

Thursday, September 22, 2011

Day 1 at Madinah

28 Aug 2011
Lepas check in kat madinah & sahur, kami pergi solat subuh kat Masjid Nabawi (Masjid Nabi). Cantik sgt masjid ni. Fully aircond & ramai sgt org. Yela, bln Ramadhan,jd ramailah yg iktikaf kat masjid sebab kejarkan Lailatul qadar..memang jumpe dgn pelbagai bangsa, jenis org & ragam..kalo lambat,mmg solat kat luar la gamaknye. kat sini banyak tempat dah merase, solat kat airr zamzam pernah, kat luar pernah, kat tangga pernah..kat depan pon pernah gak.


Suasana Masjid Nabawi di waktu pagi (dari luar)
Waktu payung terbuka
Suasana di perkarangan masjid Nabawi ( payung tgh tutup<---canggih, payung akan di buka waktu panas)
Payung Masjid yang da tutup (sbelah kiri) & payung bukak (sebelah kanan)

Masjid Nabawi waktu malam

 Pukul 6.30 pagi da kene berkumpul kal lobby hotel utk ziarah sekitar madinah. Tempat yg kteorg pergi, Masjid Quba, Jabal Uhud, Pasar Kurma, Masjid Qiblatain (Ni lalu je)


Dalam masjid Quba'

Suasana dalam masjid Quba'


Kat luar ade org jual tembikai
Sempat bergambar kenangan



Bukit Uhud

Belakang tu, kubur syuhada' yg terkorban dlm peperangan Uhud. Ustaz yg bwk kami cerita, pernah sekali banjir kat sini dan terkeluar la mayat dr kubur selepas banjir tersebut pulih dalam keadaan berdarah (masih sama ketika terkorban masa peperangan dahulu, wallahualam)
Di bukit Magnet (En hasben with bro in law)

Sempat shopping kat Madinah..hehhe




Thursday, September 15, 2011

Menjadi Tetamu ALLAH

Selalunya, sebelum raye org lain sibuk bagai buat persiapan raye..tp thn ni, aku rilex je..cz thn ni kami pergi menunaikan umrah time raye. Kami pergi berenam (ayh & mak mertua, adk ipar, atok & kami husband & wife) Seronok sgt ke sana,bnyk perbezaan budaya yg buat kte sgt kagum & ade setengahnye buat kte lebih menjadi org yg LEBIH tahu bersyukur.



27 Aug 2011

Flight ticket pukul 3pm & kami mst ade kat KLIA lbh kurang kol 12 tgh hari. So ramai la sanak saudara yg dtg utk babai kteorg. Time tu aku lbh bnyak diam & x bercakap sebab..sebab entahlah. mcm2 perasaan time tu. First time pegi la kate kan..cam takot pon ade, pastu family aku xde pon dtg, ye la diaorg jauh. sedey pon ade, sume la..yela, tak penah g obersea nek flight lame2..kesian ko ni farah..hahhaa.















Rombongan cik kiah sebelum bertolak


Perjalanan ke Jeddah lebih kurang 8 jam. nasib bek x ramai so, bley siap baring lg okey dlm flight tu..tp aku x la..sebab yela, jakun..dudok je, tngok movie yg ade..subtitle arab pon aku tngok je.Lebih kurang pukul 7pm (kol 11.00 pm waktu m'sia) baru kteorg sampai & buka poser. Means dkt 17 jam gak la kteorg berposer. MAS dah tapau kan kteorg buke poser (dlm pack :ade nasi, choclate banyak). KAt King Aziz Airport tu la, kteorg solat dan tunggu bas utk perjalanan ke Madinah. Bas sampai pukul 11.30pm dan bermulalah perjalanan ke Madinah selama 6 jam..


















Ni la makanan buka poser. Sume kat arab pack makanan mcm ni, xde pon polistrin /pinggan even mkn kat kedai pon mostly pack camni.