Saturday, April 12, 2014

Japan Trip 2014

19 March 2014 (Rabu)

Pagi ni nak hantar husband pergi kerja..ngade tak? Saje je nak tau suasana yang dia lalui hari-hari. Pergi kerja jalan kaki. Rata-rata orang kat sini naik basikal, jalan kaki or public transport (train). Kereta jarang, so jalan raya dia tak sesak sebab ada laluan khas untuk yang naik basikal & yang jalan kaki. Pukul 9 pagi baru start office hour. So 8:20 pagi dah kena keluar. Jalan kaki lebih kurang 10 minit.


Mostly diaorang pergi keje, naik basikal, jalan kaki atau public transport


Pokok Plum Blossom
Adik beradik sakura (Cherry Blossom)

Laluan Nak ke kilang husband

Lepas ni nak buat apa??Sebelum sampai Japan aku memang dah list kan tempat-tempat yang nak pergi. Memandangkan hari ni hasben aku kerja, so memang kena jalan sendiri la ye. Tak perlu rasa takut walaupun di negara orang, sebab bagi aku, Jepun ni negara yang selamat. Orangnya sangat helpful walaupun mungkin kebanyakan dari mereka tak faham bahasa Inggeris. Plus tempat yang aku pergi ni (Fukuoka) bukanlah bandar besar macam Tokyo. So takde la busy & crowded.

So plan for today, kita gerak ke hardrock cafe & Yahoo Dome. Boleh naik train atau bas. Train kat sini banyak jenis kalau nak mudah pilih jenis Subway sebab ada version English. Yang lain semua tulis Jepun. Tapi tengok tempat gak. Tapi kali ni aku nak try naik bas. Kenapa Hardrock Cafe? Entah? saje jela kot nak tengok. Kat Malaysia pun aku tak pernah amek tau HRC ni. Yahoo Dome ni sebenarnya stadium yang canggih la. Selalunya perlawanan baseball dibuat kat sini.

Pukul 10.30 pagi From Hotel Toyoko Inn terus ke Hakata Station. (nanti aku buat entry khas untuk hotel yang aku tidur ye sebab aku pindah-pindah). Terus tanya Info Centre so diaorang tulis dalam 1 kertas aku kena naik bas apa. Tapi haram aku tak faham sebab dia tulis Japan. Bawah tu aku translate supaya aku faham.



Kaunter info
Nak tanya apa, tanyalah


HRC Fukuoka siap model lagi aku bagi package


Dalam HRC

Ni mould tangan pemain baseball diaorang
Mostly stadium digunakan untuk perlawanan baseball

Salam je la..walaupon sorang pon tak kenal

Ni la Stadium nya

Ni kat luar Stadium




Ni Hakata Station


Sunday, April 6, 2014

Kenduri rumah mama

Alhamdulillah settle kenduri rumah mama. Kali ni kurang penat sikit sebab order je. Selalunya mama masak sendiri tapi kali ni cuma mee hoon putih je mama masak. Yang lain menu utama Laksa Johor & kuih muih order je

Kami bukanlah buat kenduri besar. Cuma memang turn yaasin rumah mama. Kebiasaannya baca Yaasin lepastu ada marhaban sikit. Kalau Johor, marhaban ni memang dah biasa. Cuma lagu marhaban ni aku tak berapa familiar..hehehe

Penat kemas before kenduri sebab sebenarnya rumah baru lepas renovate. Renovate ni buat sket2. Mula2 pecah dapur dan tolak bilik air ke belakang. Kemudian, baru buat depan. Aku akui memang cantik. Bukan nak bermegah tapi aku cakap dari hati

Funder yg paling utama kak dila. Semoga murah rezeki kerana menyenangkan family. Aku?? Em adalah sumbang sikit..

Firaz baru lepas mandi

Firaz buat muka minion

Bff yang makin kurus



Saturday, April 5, 2014

Fukuoka here i come (Part 2)

Assalamualaikum

Oraite, kita sambung ye. Perjalanan dari KL ke Osaka (kansai Airport) lebih kurang 6 jam stgh. Aku bertolak pukul 8:30 dan sampai pukul 3:30 ptg (waktu Jepun). Jepun awal 1 jam dari kita.

Touch down, aku kena naik shutter (train), terus ke imegresen dia sebab aku tak check in bag. Laluan aku mudah bila aku cakap aku travel sorang, diaorang tak banyak soal. Siap tanya lepas ni nak pergi mana, naik apa..memang peramah.

Aku memang puji cara Japanese ni kerja. Dari awal aku jejak kaki, memang mulut diaorang sentiasa greeting and welcome kita. Setiap pekerja dia, dari assist laluan turun flight, imegresen, kedai, semua la sangat baik.

Keluar je, aku macam terpinga-pinga nak pergi mana. Besar kot Kansai Airport ni..ada 4th floor. Weiii Tolong!!!!! (Aku jerit tapi dalam hati je) Tiba-tiba ada pekerja kat airport tu tanya aku "sumi masin, korek korek korek....blablabla" sepatah haram aku tak paham.

Aku tunjuk je itinerary flight pergi fukuoka.  Dia ckp lagi "korek korek korek...terminal 2...bas....blablabla" sambil tangan tunjuk arah. Aku jawab " arigato, the bas free?" " hait2" dia jawab. Aku rasa aku faham kot walaupun yang aku dapat capture adalah bas dan terminal 2. Before ni aku dah study memang kena naik bas shutter (yang penting free haha). Tapi tak tau nak tunggu mana. 

So aku keluar dari airport..Mak aiiii sojuknye... terus nampak hotel nikko, aero Plaza. Aku belok kiri, accross jalan guna jejantas, then turun escalator terus beratur untuk naik bas. Waaaah terror Farah..hoyyehh. Tak okehhh?? Aku da terus ke hotel nikko sebenarnye tetiba aku pelik. Eh, ni hotel, ada sorang japanese tolong aku tunjuk jalan baru la jumpa. 

Sejuknya bila keluar airport
                              

Accross guna jejantas then turun escalator
Ok, aku tak lunch lagi. Tadi makan pukul 10 pagi. Husband dah pesan makan kat mekdi ada dekat airport tu. Jangan nak memilih sangat makan sebab actually kau memang takde pilihan. Tapi disebabkan aku risau aku lupa atau sesat nak ke terminal 2 tu aku tak makan kat situ dengan harapan kat terminal 2 tu nanti adalah kedai makan lain. Terminal 2 ni khas untuk domestic flight. Aku naik Peach Airline. Banyak lagi domestic flight diaorang Anna, Jetstar..ramai yang naik bullet train atau JR train. Tapi aku tak tau, plus bullet train mahal giler. One way RM 200 lebih. Kalau Peach Airline pergi balik RM 300 lebih. 


Sila jakun dengan mesin tukar duit, masuk duit kertas, keluar syiling
Sampai Terminal 2 aku dah mati kutu. Kecik je tempat dia. 1 floor je. Tempat makan ada dua tapi tak reti aku nak tengok. Nampaknya makan roti dengan kek coklat balance dalam flight tadi. Apa aku buat sepanjang 3 jam? Baca novel, dan online...tengok kiri tengok kanan.

Dekat Japan mesti ada tempat khas untuk smoking.
Cantik pulak tu, dekat shopping mall pun ada..curlassst
Ni dekat Domestic Airport dia

Flight next pukul 7:30pm. 1 hour before boleh check in dekat kiosk (dia ada sediakan banyak). Masalahnya kiosk dia tulis jepun (Hadoooiiii, tepok dahi aku) . Dia kena scan bar code tapi tak lut pun. Boleh key in manual, tapi aku tak paham. At last aku suruh ada sorang budak sekolah ni tolong aku..selamat. 

Naik flight sejam. Sampai Fukuoka husband dah tunggu. Yeayy finally jumpa, suka tau kite ( sambil kelip2 mata banyak kali) hahaha.





Dalam train subway



Hakata Station

From airport fukuoka (domestic) naik train (Subway) ke Hakata Station. Jarak 2 station je..puas husband aku ajar, nanti naik train dari sini, keluar kat sini..blablabla. Sepatah haram aku tak ingat. Malas la...kan lama lagi aku kat sini, seminggu...lalalalala (sambil jakun tengok kanan kiri, atas, bawah...kesian ko farah)