Showing posts with label Kantor. Show all posts
Showing posts with label Kantor. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Majlis Penutup Sukan Dalaman

Assalamualaikum
hye (>_<)V
kali ni nak cerita mengenai sukan dalaman
Kami telah dibahagi pada 5 pasukan ungu, merah, hijau, biru & oren secara undian
So x ikut jabatan la ye

Macam-macam pertandingan telah dijalankan antaranya
boling, bola jaring, badminton, bola tampar, sepak takraw, futsal, memancing pun ade (tp utk laki jela)
Kiteorg ade marching sebagai majis penutup
Best, terase mcm zaman sekolah dulu kala...hehehehe

Diiringi oleh band
kerlasssss

Merah

Oren

Biru

Ungu
is the best!!!

Hijau

Go purple go

Aku kat belakang sekali

 
Dengan Norlin

Posing lagi

Purple Girl Power



Tetap happy even dapat no 2

Dah Macam Panca sitara


MPPG


Secara Keseluruhan Merah menang, Lepastu Oren baru la purple
Tapi aku happy sebab at least adela aktiviti yang boleh kita buat same2 & campur2 jabatan
Time ni je bley nak huhahuha pastu semangat konon-konon nak menang
Sumbangan aku kat kumpulan tetap ade walaupun x banyak
Aku masuk badminton, bola tampar, bola jaring
Walaupun tak pernah main bola jaring before ni & tak tau langsung rules dia tapi hentam jela sebab nak cukupkan team.
Bila ingat2 balik memang kelakor

See u next year

Tuesday, December 4, 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012

Do you know about MAHA? 1st time dengar? Atau dah pernah dengar tapi tak tau la apa yang orang kalut sangat pasal MAHA nih… Hehe. Dah banyak kali aku dengar MAHA ni, sana sini cerita pasal MAHA. Tapi disebabkan aku yang dok jauh di Johor ni, kurang mengambil tau MAHA ni ape kebendenya..sampailah 1 hari officemate ajak pergi MAHA atas capacity AJK Biro Sosial. Kira lawatan kerja la..Kebetulan ada officemate kteorg kawen hari yang sama kat Batu Pahat, so singgahlah sekali. Kami pergi 10 orang nek van. Agak azab lah gak sebab aircond nye cam ade takde gitu. Tapi kteorg redah jela..

Actually MAHA ni aialah Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism  International Show. Tahun ini MAHA diraikan dengan Hari Peladang , Penternak & Nelayan peringkat kebangsaan. MAHA ni ada pameran berkenaan pelbagai jenis makanan, pertanian, perikanan dan yang setara dengannya. Berlangsung pada 23 November dan akan berakhir pada 2 Disember 2012 ini di tapak MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang), berhampiran dengan UPM.

Ok, check it out...


@ Batu Pahat ~ Sriza after solemnization ~



Malaysian Products
Including us..hehhe



Enjoying MAHA 2012




Hasil tangkapan ??


Hasil tangkapan??? Lumayan..

Dengan gigihnya aku telah mengangkut 2 biji buah cempedak, rock melon, mangga, nangka utk mama ke tempat parking kereta. Tu tak termasuk malaysian product yang kami beli. Siap letak brg2 kat van, lepastu pergi lagi.

Personally, aku suka pergi MAHA even aku bukan pergi dengan gang-gang aku. Combination senior & junior tak problem pon. Kami have fun kat sana. Kakak-kakak ni banyak beli pokok orkid dengan pokok buah, nangka raja, lemon sebab payah nak dapat dengan harga MURAH. Cuma azabnya nak masuk parking, jalan kaki lagi laju dari orang yang naik kereta...

Lastly kami gerak pukul 8.00 mlm, singgah berenti kat R&R Pagoh..sampai rumah dekat pukul 1 pagi...Esoknya sakit kaki..padan muka..hehe

Thursday, August 2, 2012

Konvesyen Inovatif Kreatif

hye :)
assalamualaikum...
Salam Ramadhan,

Time2 puase ni rajin pulak nk update blog. sebab kat opis sangapp..hehhe..
Kali ni nak cite pasal KIK atau org panggil KMK/ICC dan seangkatan dengannya. selepas menang tempoh hari di peringkat MPPG


Group kami PERMATA

Kumpulan kami mewakili MPPG untuk ke


Peringkat Mini Konvesyen Wilayah Selatan
Alhamdulillah dapat emas


Peringkat Negeri
Errrk...x dpt tempat, tp dapat rice cooker sorang satu


@The Zone Regency Hotel

Peringkat Wilayah Utara dapat Anugerah emas jugakkk uolllsss
Time bertanding kat wilayah Utara ni la berpeluang jalan-jalan kat Penang..check it out!!!


Arrived @ Bayan Lepas Airport terus mkn roti canai

Singgah makan durian & cempedak..sedapp

Pergi Bukit Bendera


Kena nek train utk ke atas nuuuun


Posing kat atas


Ni dah x de koje namenye

Membeli belah di Batu Feringhi>>sibah paling banyak beli tauuu

During Konvensyen



Yeaaayyy..dapat GOLD


Muka kanak2 riang nak balik JB
Congratz to PERMATA

Gambar>Hanya lakonan semata..hahha
Ni la cubical saya (n_n)

  Thanks for all your cooperations & commitments
Next year kita tak payah la menang lagi kat MPPG sebab, penat uolls nk wat preparation..

Friday, July 27, 2012

Born not to be like an angel

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Sekejap je dah 7 Ramadhan, seminggu sudah kita berpuasa..tiba lah saat kita berhari raya..hikhikhik. Sebut pasal nak raya ni, kaum hawa la paling banyak nak pikir persiapan raya. Baju utk suami, anak2, langsir untuk rumah, tudung nak matching dengan baju lagi, duit raye lagi..bla..bla..bla...

Entry kali ni just nak share mengenai persiapan raya yang lambat lagi kunjung tibanya..aku ni je yang eksaited terlebih thn ni..sebab nye, lepas gian dah 2 thn x celebrate raya secara normal..(ohh..puase ko tak beriye pulakk ye :p) Yela, 2 thn lepas, hasben pergi training kat japan, sehari before nak raya, baru la balik Malaysia. So langsung tak semangat nk beli baju raye semua. Tahun lepas alhamdulillah, berpeluang raya kat Mekah ketika menunaikan umrah. So, balik Malaysia dah raya ke 14..Time tu memang lagila langsung tak kesah pasal raya..

So tahun ni, baru la nak sibuk pikir pasal raya sebagai seorang isteri setelah 2 thn lebih kawen. Rumah tak yah nak pikir sebab rumah tgh tunggang langgang. Few barang dah packing ye. So thn ni CLOSE house ye uolllsss. Berbalik semula cerita preparation nak raya ni, aku berkobar-kobar nak pegi pasar Khamis @ Pasar Tiram. Dah namaya pasar Khamis, harusla di kala hari Khamis & waktu bekerja, pagi je pasar tu bukak. Pasar ni, bnyak sgt jual pelbagai jenis baju raya dgn harga yg sgt murah dan ramai peniaga amek stock kat sini. Di sebabkan nak pegi dengan kawan2 so pegi la waktu bekerja..Ni dah kali ke 2 aku pegi sini. 1st time pg dgn azam & Hisam time aku mula2 masuk keje dulu..Hasil 'tangkapan' tak lumayan pon. sebab aku beli 1 baju, tu pon baju jalan, bukan baju raya. Member2 lain sume dah beli baju (yg berkaitan dengan raye ok). Aku ni je yg tersalah konsep. Kat sana ada gak terserempak dengan beberapa officemate. Balik je opis, aku rase, mcm ramai je yang tau kteorg ni pegi Pasar Tiram..macam satu Menara tu la tau..Sehinggalah announcement khas dibuat pada esok paginya & memo peringatan dikeluarkan - tak benarkan cilok g Pasar Khamis & beli juadah kat bazar time keje..

Hoookeyyy, fine. Memang la kteorg salah pun keluar di waktu bekerja. Tapi aku pon manusia..bukan malaikat. Sekurang-kurangnya aku mintak izin dgn bos, & berterus terang yg aku nk pegi Pasar Khamis tu. At least aku jujur walaupun tak bertempat..hhahha. Aku dah apply time off tapi, boss ckp tak pyh sbb dia ckp, skali skala takpe..tp jgn jd amalan. Aku pon bukan la kaki rayap sgt. Aku memang prasan dari dulu lagi. Nasib aku slalu je tak baik time buat salah ni..Time org lain buat ok je. Time aku mesti kecohhh. Time sekolah pon same. Orang ponteng prep elok je. Time aku ponteng prep (1st time) dah kene gegar dorm dgn warden smpai aku nyorok bwh katil..Aku bukan dilahirkan untuk menjadi seperti malaikat, aku hanya manusia yang kadang2 nak jugak buat silap..tapi aku tau salah tetap salah, cuma aku tau bataskan diri sendiri..

Moral of the story...tahun ni, aku dah takde mood balik nak pk pasal raya beriye..ape yg ade jela....

Thursday, April 19, 2012

Tak sangke boleh menang :)

Pada 18 & 19 April MPPG telah jalankan satu pertandingan Konvensyek Kualiti (internal). lately sgt busy coz kene siapkan buku project & slide presentation utk pertandingan tu. Nasib, ade sumber rujukan (kak.Su) yg mmg sgt experience dlm hal2 ni..sian kak su, smpai pneng2 kepale & Mc coz nak prepare for the best. Kami group baru, so not expect more, just buat yg termampu..

On that day, everything is going smoothly & presentor kteorg pon dah buat the best :) bile time keputusan diumumkan,suprise sgt group kteorg dapat no 1..suke & x sangke (n_n)