Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Japan Trip 2014

19 March 2014 (Rabu)

Pagi ni nak hantar husband pergi kerja..ngade tak? Saje je nak tau suasana yang dia lalui hari-hari. Pergi kerja jalan kaki. Rata-rata orang kat sini naik basikal, jalan kaki or public transport (train). Kereta jarang, so jalan raya dia tak sesak sebab ada laluan khas untuk yang naik basikal & yang jalan kaki. Pukul 9 pagi baru start office hour. So 8:20 pagi dah kena keluar. Jalan kaki lebih kurang 10 minit.


Mostly diaorang pergi keje, naik basikal, jalan kaki atau public transport


Pokok Plum Blossom
Adik beradik sakura (Cherry Blossom)

Laluan Nak ke kilang husband

Lepas ni nak buat apa??Sebelum sampai Japan aku memang dah list kan tempat-tempat yang nak pergi. Memandangkan hari ni hasben aku kerja, so memang kena jalan sendiri la ye. Tak perlu rasa takut walaupun di negara orang, sebab bagi aku, Jepun ni negara yang selamat. Orangnya sangat helpful walaupun mungkin kebanyakan dari mereka tak faham bahasa Inggeris. Plus tempat yang aku pergi ni (Fukuoka) bukanlah bandar besar macam Tokyo. So takde la busy & crowded.

So plan for today, kita gerak ke hardrock cafe & Yahoo Dome. Boleh naik train atau bas. Train kat sini banyak jenis kalau nak mudah pilih jenis Subway sebab ada version English. Yang lain semua tulis Jepun. Tapi tengok tempat gak. Tapi kali ni aku nak try naik bas. Kenapa Hardrock Cafe? Entah? saje jela kot nak tengok. Kat Malaysia pun aku tak pernah amek tau HRC ni. Yahoo Dome ni sebenarnya stadium yang canggih la. Selalunya perlawanan baseball dibuat kat sini.

Pukul 10.30 pagi From Hotel Toyoko Inn terus ke Hakata Station. (nanti aku buat entry khas untuk hotel yang aku tidur ye sebab aku pindah-pindah). Terus tanya Info Centre so diaorang tulis dalam 1 kertas aku kena naik bas apa. Tapi haram aku tak faham sebab dia tulis Japan. Bawah tu aku translate supaya aku faham.



Kaunter info
Nak tanya apa, tanyalah


HRC Fukuoka siap model lagi aku bagi package


Dalam HRC

Ni mould tangan pemain baseball diaorang
Mostly stadium digunakan untuk perlawanan baseball

Salam je la..walaupon sorang pon tak kenal

Ni la Stadium nya

Ni kat luar Stadium




Ni Hakata Station


Saturday, April 5, 2014

Fukuoka here i come (Part 2)

Assalamualaikum

Oraite, kita sambung ye. Perjalanan dari KL ke Osaka (kansai Airport) lebih kurang 6 jam stgh. Aku bertolak pukul 8:30 dan sampai pukul 3:30 ptg (waktu Jepun). Jepun awal 1 jam dari kita.

Touch down, aku kena naik shutter (train), terus ke imegresen dia sebab aku tak check in bag. Laluan aku mudah bila aku cakap aku travel sorang, diaorang tak banyak soal. Siap tanya lepas ni nak pergi mana, naik apa..memang peramah.

Aku memang puji cara Japanese ni kerja. Dari awal aku jejak kaki, memang mulut diaorang sentiasa greeting and welcome kita. Setiap pekerja dia, dari assist laluan turun flight, imegresen, kedai, semua la sangat baik.

Keluar je, aku macam terpinga-pinga nak pergi mana. Besar kot Kansai Airport ni..ada 4th floor. Weiii Tolong!!!!! (Aku jerit tapi dalam hati je) Tiba-tiba ada pekerja kat airport tu tanya aku "sumi masin, korek korek korek....blablabla" sepatah haram aku tak paham.

Aku tunjuk je itinerary flight pergi fukuoka.  Dia ckp lagi "korek korek korek...terminal 2...bas....blablabla" sambil tangan tunjuk arah. Aku jawab " arigato, the bas free?" " hait2" dia jawab. Aku rasa aku faham kot walaupun yang aku dapat capture adalah bas dan terminal 2. Before ni aku dah study memang kena naik bas shutter (yang penting free haha). Tapi tak tau nak tunggu mana. 

So aku keluar dari airport..Mak aiiii sojuknye... terus nampak hotel nikko, aero Plaza. Aku belok kiri, accross jalan guna jejantas, then turun escalator terus beratur untuk naik bas. Waaaah terror Farah..hoyyehh. Tak okehhh?? Aku da terus ke hotel nikko sebenarnye tetiba aku pelik. Eh, ni hotel, ada sorang japanese tolong aku tunjuk jalan baru la jumpa. 

Sejuknya bila keluar airport
                              

Accross guna jejantas then turun escalator
Ok, aku tak lunch lagi. Tadi makan pukul 10 pagi. Husband dah pesan makan kat mekdi ada dekat airport tu. Jangan nak memilih sangat makan sebab actually kau memang takde pilihan. Tapi disebabkan aku risau aku lupa atau sesat nak ke terminal 2 tu aku tak makan kat situ dengan harapan kat terminal 2 tu nanti adalah kedai makan lain. Terminal 2 ni khas untuk domestic flight. Aku naik Peach Airline. Banyak lagi domestic flight diaorang Anna, Jetstar..ramai yang naik bullet train atau JR train. Tapi aku tak tau, plus bullet train mahal giler. One way RM 200 lebih. Kalau Peach Airline pergi balik RM 300 lebih. 


Sila jakun dengan mesin tukar duit, masuk duit kertas, keluar syiling
Sampai Terminal 2 aku dah mati kutu. Kecik je tempat dia. 1 floor je. Tempat makan ada dua tapi tak reti aku nak tengok. Nampaknya makan roti dengan kek coklat balance dalam flight tadi. Apa aku buat sepanjang 3 jam? Baca novel, dan online...tengok kiri tengok kanan.

Dekat Japan mesti ada tempat khas untuk smoking.
Cantik pulak tu, dekat shopping mall pun ada..curlassst
Ni dekat Domestic Airport dia

Flight next pukul 7:30pm. 1 hour before boleh check in dekat kiosk (dia ada sediakan banyak). Masalahnya kiosk dia tulis jepun (Hadoooiiii, tepok dahi aku) . Dia kena scan bar code tapi tak lut pun. Boleh key in manual, tapi aku tak paham. At last aku suruh ada sorang budak sekolah ni tolong aku..selamat. 

Naik flight sejam. Sampai Fukuoka husband dah tunggu. Yeayy finally jumpa, suka tau kite ( sambil kelip2 mata banyak kali) hahaha.





Dalam train subway



Hakata Station

From airport fukuoka (domestic) naik train (Subway) ke Hakata Station. Jarak 2 station je..puas husband aku ajar, nanti naik train dari sini, keluar kat sini..blablabla. Sepatah haram aku tak ingat. Malas la...kan lama lagi aku kat sini, seminggu...lalalalala (sambil jakun tengok kanan kiri, atas, bawah...kesian ko farah)




Monday, March 31, 2014

Fukuoka here i come (Part 1)

18 March 2014

Johor Bahru-->Seremban-->LCCT-->Kansai Airport (Osaka)-->Fukuoka

Ha macam tu la perjalanan aku. Kali ni travel sorang, sebab husband aku dah pergi dulu. So aku kena pergi sendiri dan balik pun sendiri. Takot?? Giler tak takot??? Debor la, first time tau. Tapi ni memang experience untuk aku travel secara solo. Agak menarik, kerana cinta ku sanggup merentas dunia...hahaha. Sila geli dengan statement aku ni weeeii. Lagi pun aku nak kutip semangat aku kat Jepun sana (husband aku la) sekali lagi sila jangan muntah....

From JB aku naik bas. Tidur semalam kat seremban (rumah mertua). Sok nya pagi-pagi buta pukul 5.30pagi dah bertolak le LCCT. Ye aku naik Air Asia. Sebab pak cik Tony jual tiket murah compare dengan yang lain. (Nanti aku review sikit pasal Air Asia yek)

Korang pergi LCCT bahagian international Departure. Alhamdulillah imegresen senang lepas. Sebab diaorang tau aku travel sorang. Takut tak lepas sebab dalam beg penuh makanan je. Segala jenis ole2 untuk kawan-kawan husband aku, baulu ada, kuih kacang, bepang. Kuih tart sebalang, mak mertua aku bekalkan untuk anak dia.

Before naik, aku sangat-sangat berharap aku jumpa ramai orang malaysia. Tapi aku tengok, 2 tiga orang je yang melayu. Ramai chinese, japanese. Nak cuci mata, tapi jangan kan kata jumpa muka Takuya Kimura, muka macam Takeshi Kaneshiro huh, jauh sekali!!! Non hadooo. Boring

Dalam flight benda yang korang perlu buat, isi form. Ada 2 form, just isi je selit kat pasport. Aku duduk sebelah husband&wife dgn baby diaorang (chinese). Diaorang holiday pergi Kyoto. Perjalanan lebih kurang 5 jam setengah

                                           Jiran sebelah dalam flight                                                 
Siapa kata Air asia tak best? Ok je. Setakat kalau korang duduk, tidur, makan ok la. Makanan not bad. Aku order online. Serius sedap chicken lagsana dia. Lembut. Cuma takde la tibi (tv) korang nak tengok cerita. Setimpal dengan apa yang korang bayar. Aku memang dasar cheapskate. Aku sanggup susah payah sebab beza ticket seribu lebih. Lebih baik guna duit tu untuk hotel ye dok? Dari malaysia memang takde direct to fukuoka. Tapi dari singapore ada, cuma mahal. Total pergi balik from KL to Osaka RM 1500. 

Complete set
                                             
Mak aiiihhh panjang nye entry, ok sambung next.....

                           
                                         
             
Tips travel sorang
  1. Tak perlu bawak beg banyak (aku bawak bag pack & sling bag). Tak check in baggage pun
  2. Bawak lah makanan sikit kalau korang tak confident dengan makanan diaorang (boleh makan bila sampai nanti)
  3. Study sket layout airport yang korang nak pergi tu nanti
  4. Check in siap-siap (web check-in) untuk jimat masa dan mudahkan urusan
  5. Print Itinerary flight siap-siap (sebab kalau nak tanya orang, just tunjuk je)
  6. Aku bawak novel sebab next flight to Fukuoka kena tunggu 4 jam
  7. Jangan lupa bawa pen untuk isi form dalam flight. So tak perlu pinjam orang sebelah
Suruh orang sebelah yang tengah line up tolong ambil picture, hahhaa
Sila abaikan tudung aku yang labuh itewww. Ye, yeeee...aku memang pakai wide shawl tapi tudung aku belum lagi labuh cam tu. Ni aku tak pin tudung kiri kanan sebab senang nak pakai bag pack, tak sangkut. Huh, tengok...benda kecik pun aku noted supaya tak ganggu mood travel solo aku...haha

Theme song : I will survive..hohoho

#PrayforMH370



Sunday, March 30, 2014

Travelog ke Jepang

Assalamualaikum,

Rasanya macam nak aktif semula tulis blog di waktu lapang (insya Allah) tapi tak janji tau 

Ni dah berazam nak tulis pasal japan trip. Sebab haritu aku pergi Fukuoka bandar terbesar di pulau Kyushu. Before pergi Try search interesting place dekat fukuoka dari bloggers2 yang ada. Tapi tak banyak. Yela, kebanyakannya just singgah sehari dua je. Tokyo, osaka, kyoto lebih banyak tempat menarik (kata diaorang)

Tapi, dalam kes aku ni, husband ada business trip almost sebulan kat sana. Ni dah kali kelima dia pergi. 

Sebenarnya kami memang plan nak pergi bercuti before kami buat icsi/ivf (sila google kalau tak tau) insya Allah bulan 5 ni. Nak ada sweet memory berjalan time berdua before kami nak bertiga, berempat atau berlima nanti (insya Allah). Ikutkan nak cuti dalam Malaysia je. 

Tapi dah alang2 husband pergi business trip ke jepun, so aku pun join sekaki.  Lagi pun tengah musim bunga so sempat la tengok sakura. Tumpang rezeki suami. At least kami dah jimat kos untuk seorang.

Plus sempena our wedding anniversary yang ke 4 tahun..Hmmm, dah 4 tahun rupanya. First time tak dapat celebrate sama-sama sebab on 14 March dia dah kat Japan..

Cuma aku kena pergi & balik sorang.
Sorang?????



Ok teaser utk next entry


Thursday, April 4, 2013

Last Day ~ Hatyai

Adoyy seksa nak mengabehkan entry terakhir kat hatyai ni uolls...
Ye la, benda dah lame, nak recall balik plus dah berkarat memory kihkihkih
Oraiteee...selepas kami puas merepek meraban & berjoli sakan kat Hatyai selama 5 hari 4 malam (Dasyatttt)
tibalah masenye kami meninggalkan negeri Thailand ni

Kiteorg dah packing malam sebelum tu
Teksi pun dah booking sekali time kat travel agent haritu
Senang & murah sikit compare dgn harga tksi time kteorg smpai haritu

Sementara tunggu flight (ceh mcm tggu bas kat bus stop lak)
kteorg pon meng 'camwhore' kan diri
hobby sejak dulu...kini..dan selamanya

Ini adalah muka suci murni
plus sopan santun

Ini adalah muka berokk
yang memang hobi kteorg
sejak form 3 lagikkkk

Dalam banyak-banyak gambar ni saye choose

Picture ni sebagai pemenang


l
l
l
l
l
l
l
l
V


Sila tengak Yana & Imah
hahahhahahahah



Dan Juga Ini


Yana Ngelat
Imah over hokeyyyy


In a nutshell:
Bercuti dengan korang memang sangat best
Even kalau kite just pergi berkelah belakang rumah pun tetap best
Sebab kita jarang ade mase utk spent our quality time 

Thanks korang

Love u 

I     to da      F     to da     Y 
FOREVER


Next trip
Tioman/ Sibu/ seangkatan dengannya
with family

janji boley snorkelling




Monday, March 25, 2013

Day 3 & 4 @ Hatyai

Day 3

Day 3 kat Hatyai ni, kteorg pg floating market. Floating market ni bukak dari petang.

So pagi tu just jalan-jalan kat mall yg berdekatan

Mengenang memori banana split


Hanya terdapat di Thailand je patung McD ni

Time ni panas giler


Ni la suasana kat floating market





Unik nya air dijual dlm bekas tembikar, ada doraemon, hello kitty, macam2 la.
Macam-macam makanan dijual
Day 4

Day 4 ni kteorg just jalan-jalan area sini-sini je. Pagi tu bermalas malasan then kteorg pindah hotel. BP hotel. Hotel ni jauh sket tp still boleh jalan kaki lagi. Hotel dia pon cantik, front liner dia pun sgt helpful.


Ni amek picture depan Bp Hotel
Nak korek hidung patung tu


Ni time lunch hour
Sempat posing dulu before makan



Wednesday, March 13, 2013

Day 2 @ Hatyai

oraite...so kita sambung day 2 kat Hatyai..
Hari ni pagi2 lagi kiteorang da plan nak jalan-jalan. Kebetulan ade driver tuk-tuk (public transport kat sana) yang approach nak tak pergi pasar pagi kat situ. So kami pon gerak la kat sana. ingat nak breakfast kat sana je. Tapi, memang tak boleh 'pergi' la makan kat sana. sebab tempat dia kotor. just jalan-jalan takde ape pon sangat. Lepastu ade plak abg tuk-tuk yang offer nak tak pergi jalan2 kat songkla 4 tempat = 1000THB kira murah la..

Posing dulu depan hotel


Gambar dengan tuk-tuk
theme baju i same dengan color tuk-tuk
jangan jelez
 
so tempat 1st
 Wat Hat Yai..

Tempat ni adalah temple
Kat sana ramai penganut Budha
so just jalan-jalan
Ade diantara tiang-tiang kat temple ni dibina hasil dari contribution penganut agama ni dan dalam tiang tu akan disemadikan tulang orang yang telah mati (dari family yang menderma tula)
Adoyy..leceh nak terangkan..
Faham2 sendiri la..



Nasib baik abg tuk tuk ni baik hati , membantu & tak berkira
Dia ni kiranya yg bwk kteorg jalan-jalan merangkap tourist guide la..
terangkan kat kteorg sejarah-sejarah tempat ni

Lepastu kteorg singgah kedai jual ole2..
Ade sotong kering, kerepek-kerepek, kekacang, ikan bilis, tom yam..
macam-macam la..kedai ni on the way dari temple tadi ke
Chang Puak Camp (tempat gajah yang kteorang nak pegi pasni)

ok, tempat ke 2..
Chang Puak Camp



Tempat ni just tengok gajah la..
Masuk tak payah bayar tapi kalau
nak naik gajah kena bayar. Lagi pon imah preknen, so x sesuai nak naik2 bagai ni..

tempat ke 3
Samila Beach

Sampai je samila beach ni memang tengah tengah hari buta..
so kteorg lunch kat sini dulu baru jalan-jalan. Pantai dia sangat canti, biru je...

Time lunch masih menyempat lagi posing

Setelah beberapa kali percubaan utk tulis ats pantai
ala2 cite2 romantik gitu..

mermaid cantik ke kteorang cantik????
yana ckp mermaid ni perut buncit...hehehe
kecik hati mermaid tau yana...


Ada kisah di sebalik patung ni..
Sejarah dia kononnye tikus ni tlg kucing..
lagi ape ntah sbb tulisan dlm thai..hahahhaa

tempat ke 4
Tan Kuan Hill

Kat sini kite bley tengok view bandar songkla dari atas..
Ala-ala bukit bendera kat Pulau Pinang la.

Bayaran masuk 30 BHt

Model tak berbayar
@hill top



Tempat ke 5
Songkla Aquarium

Ni kteorang tak masuk just bergambar kat luar
sebab da penat & malas nak masuk aqua bagai

Jenuh nak posing dapat kan gak tulisan songkhla aquarium tu
sebab dia berpusing 360

ok, ni tempat last untuk hari ni



Naga

Ala...sebenarnye x tau nama tempat ni.
tapi tempat ni adalah tempat pertembungan antara air masin dan air tawar
kira sebelah laut air tawar, sebelah lagi air masin



so..tu jela tempat2 yang kteorg pergi untuk 2nd day ni..
asal nye 4 tempat je,
tapi sebab abg tuk tuk ni x berkira, dia bwk je tempat mane-mana