Friday, November 30, 2012

Petua Mengarut

Assalamualaikum uolls..

Kali ni aku nak bebel mengenai petua orang-orang lama. Aku bukanlah jenis yang menolak mentah-mentah petua orang lama ni. Ada setengahya banyak yang aku percaya & ikut. Lagi-lagi petua kecantikan..wahh statement macam 'retis' Rozita Che Wan..hahhaha..

Tapi kepercayaan & petua yang satu ni memang totally aku tak percaya. Senang cerita, MENGARUT. First time dengar dari jiran aku yang agk annoying. Mak cik R (bkn nama sebenar) telah menegah aku bawak balik kucing liar kat kawasan rumah mak aku.

Katanye "orang yang dah kawin, kalau belum ada anak jangan bela kucing. Nanti susah nak mengandung"

Haaaa?ajaran mana kau ikut ni? rezeki kan datangnya dari Allah. Aku pegang benda tu je. Yang nak pergi salahkan haiwan yang x berdosa tu buat ape?So bermulalah keadaan di mana aku membela kucing..hehhe. Walaupun kucing aku semua tak kekal, (ada yang mati, orang amek & etc) tapi aku tetap meneruskan hobi aku bela kucing.

Aku tak de la suka kucing sangat, aku tak bagi diaorang masuk rumah. JUst bagi makan kat luar je. SEbab semua kucing yang aku bela sebenarnya kucing terbiar..atau kucing jalanan. Bagi aku, kucing2 macam ni la yang kita patut berkongsi rezeki yang kita ada..aku bukan jenis yang suka sangat, smpai sanggup beli beratus ringgit. Kawan aku pernah keluar statement "Farah, kucing kau semua tak cantik kan?" Of course, sebab dia kucing terbiar, kucing yang orang buang, yang orang tak nak. Tapi aku x kesah. Sebab diaorang penghibur hati aku.. Balik keje mesti aku cari diaorang dulu utk bagi makan.

Back to the topic, time aku pindah rumah, aku just bawak 1 je kucing aku. sebab lagi sekor dah lupa diri, hahhaa. Maybe dah ada orang lain amek. Tak pe la, asal kau bahagia. So aku just bawak sekor je. Dia ni memang agak 'kesian'. Dari kecik time dia datang memang takut2. Dulu aku pernah post pasal dia ni here Sampai dah besar & beranak tetap sopan santun. Even aku bukak pintu rumah, dia tak pernah curi2 masuk rumah aku. Dia pasif, so better aku bawak dia. At first, kat tempat baru dia mcm tak biasa. Lama-lama dah ok. Tapi aku rasa bersalah sebab aku dapat rasa yang jiran aku tak selesa aku bela kucing. Sebabnya, time tu kucing ni tengah bunting & sedang mencari tempat untuk beranak. Even aku dah sediakan tempat, dah memang sifat kucing, akan cari & pindah2 kan anak diaorang, termasuklah rak kasut jiran aku dia selongkar.

Kebetulan time raya, pak cik aku slow talk kat mak aku. Dia nasihatkan supaya aku tak bela kucing. Sebab tu aku lambat dapat rezeki 'anak'. Tapi mak aku suruh pakcik aku tu cakap sendiri dengan aku. Sebab dulu, aku pernah melenting bila jiran aku cakap pasal ni. Time salam, nak balik,

 pakcik aku sempat berbisik "jangan bela kucing lepas ni, bagi orang lain bela kucing tu".
Aku..biase la..suka menjawab "waida pernah dengar, tapi waida langsung tak percaya"

Dia nasihat kan aku elok2. Dia cakap berdasarkan pengalaman. Sebab dia mengalami nasib yang sama. Lepas dia bagi kucing kat orang lain, baru la dia dapat sorang anak. Kebetulan je kot. Kata orang, kucing ni yang doakan kita supaya kita tak ade anak, supaya kita tak abaikan dia. Tipu !!! Ade je orang bela kucing, da preknen. Contohnya Fasha sandha..banyak lagi kucing dia...(contoh tak agak-agak kannnn???)

Bila setiap kali orang cakap camtu, mesti aku nak nangis. SEDIH. Kenapa mesti kaitkan hal aku tak dapat anak dengan kucing yang aku bela.Aku tak sukeeee!! Husband aku just cakap, takpela, kita follow je cakap orang tua ni. Lagipun jiran kita macam tak selesa kita bela kucing..

Dia decide nak buang kucing tu..apa lagi, aku telah menggunakan kuasa air mata aku ni sebagai senjata. hehhe. so tak jadi buang. Cuma malam, kurung dia, sebab takut dia buat onar. Baru sehari je aku kurung dia, sok nya terus tak balik..sampai la ke hari ni.. Yang tinggal cuma kandang dia je sebagai kenangan.

Anak sedara aku yang 2 orang tu selalu tanya " kucing acik kat mana?"
"Dah lari..sebab merajuk"
"Kita cari la dia. Acik cari depan, adik cari kat belakang"

Hmmmm..budak kecik pun tau perasaan aku. Sedih aku time diaorang cakap camtu. Aku doa, satu hari nanti, aku terserempak pon jadila dengan kucing aku tu...amiiin
Tinggal kenangan.
Anak dia dah mati, kena gigit anjing. Mak dia dah lari.
Time datang rumah dulu, mak dia sebesar ank dia dlm gambar ni

Tuesday, November 27, 2012

29th Birthday for him

26 November 2012 genap umur Muhammad Iskandar bin Ibrahim 29 thn. Tahun ni, aku betul-betul tak tau nak bg hadiah apa. Every year hadiah bersifat material so, ape salah nya tahun ni nak bagi sentimental value sket. (geli dengan statement sendiri..sila jangan muntah hijoou)

And aku decide utk bagi surprise birthday cake + bouquet 5 kuntum je of red roses (florist delivery package). Actually the price quite expensive untuk cake & bunga tu if compared dgn kita beli sendiri. But of course la kita bayar untuk services kira reasonable lah kot. Lagi pun aku pikir every year asek celebrate cam tu je, tahun ni tukar style plak. Bleh makan oreo cheese cake yang belum tentu sedap ke tak tu dengan budak-budak opis dia..haaa,sweet tak aku as a wife??kannnns...

Tapi yela..langit tak selalu cerah..(hahha). Apa yg kita rancang tak semestinya menjadi. Cake & roses yang sepatutnya sampai kat office hasben pukul 3 hingga 4 ptg tak sampai-sampai. Mana aku tau???sebab dia tak call pun say thanks ke ape ke..Bila call florist tu, dia cakap, budak dia tengah hantar & belum balik lagi. Sampai la pukul 4.30, aku pulak yang panas hati..call dia suruh reconfirm & sedihnya jawapan yang aku terima "sorry miss, your cake dah hancur time tengah delivery, bleh tak kita hantar ke rumah dia?" What the ***teeeet (mencarut dalam hati berbakul bakul). nak buat hape hantar kat rumah. dah tentu aku 1 rumah dengan dia. Buat bazir duit je, better aku g beli kek secret recipe bley dapat 2 bijik.

Kalau plan A tak jadi mesti ada plan B. Masalahnya Plan B baru nak create dalam kepala..takpe la, just pegi makan je la (ayat redha). At last makan kat Fish & Manhattan. Check it out (ayat wajib!!)


Manhattan Flaming Seafood
Capacity for 3-4 person

Time dia solat magrib, aku dengan sepantas kilat pergi kedai kek berdekatan untuk buat surprise (tetap nak buat..hahah) tu pun lepas dah pakat dengan adik yg keje kat situ..asal boleh..Lepas semua makanan dah hantar, lepas signal dari aku diterima oleh adik tersebut..cake pun dihantar di meja kami (sweet tak..sweet tak korang??sambil kelip2 mata) tapi aku kena nyanyi sorang2 sebab adik tu malu nak nyanyi hepi birthday, bley? Nampak tak korang?haaa..nampak tak kat situ..seorang isteri yang over tetap nak buat surprise untuk birthday hasben dia..malu sebenarnye sebab meja sblh2 tengok..untuk elakkan malu, aku bg la sepotong dua kat meja sebelah & of couse (suku kek pada staff yang keje kat situ)


Tadaaa....!!!!
Strawberry cheese cake..sedaap


Pakai uniform keje pergi dating..
tak glamer




Happy Birthday my baby boy
& i always love you...


Last but not least..
hahhaha..bye