Friday, May 16, 2014

ICSI (3rd Appointment)

14 Mei 2014

Ok, continue...harini aku dah mula cuti. Saje amek awal. So relax tak pikir pasal keje. Aku on leave dari 14 Mei sampai 8 Jun..baru 3 minggu, ok la tu

So harini dapat turn no 2. Aku amek nombor, balik injection, tengok tv lepastu pergi hospital. Sampai je, nombor dah lepas, padan muka. 

Hari ni doctor tambah lagi satu injection supaya telur nak menetas. Kalau korang tanya aku bila menetas, telur tu boleh menetas ke? Aku memang tak tau. Aku follow je doctor..

Makanya, dengan ini, injection aku menjadi 3 injection setiap hari. Sila nanges dalam hati..rasanya dah tak sanggup nak inject diri sendiri. Nak suruh hasben la lepas ni..

Appointment dengan doctor lagi 3 hari. Pickup ovum hari isnin, transfer embrio hari rabu. Delay 2 hari sebab nak bagi telur besar semuanya..

Balik beli nasi ayam, pastu rehat sebab kepala dah pening 



Cost untuk hari ni

RM 2,250 - injection (puregon, humog, buren)
RM 234.65 - consultation dgn TVS

Tuesday, May 13, 2014

ICSI (2nd appointment)

12 Mei 2014

Ok, ni hari ke 6 aku amek Puregon. So doctor nak tengok, ada good effect tak? Kali ni tukar srategy, nak jadi orang 1st. So aku thumb print kat office & terus ke hospital. Yeayyy dapat no 1. Doc masuk pukul 11 lebih. So aku naik office dulu.


Aku datang hospital semula pukul 10 setengah. Doctor datang awal. Dr Thokha scan n tengok aku punya folikel makin lebar. 1.3mm. Untuk ICSI ni Doc perlukan ianya membesar sehingga 1.8mm.

Doc tambah Puregon untuk 2 hari lagi. Dan lagi 1 injection Humog. Maksudnya 1 hari 2 injection. So doc ajar cara-cara nak campur ubat sebab ni complicated sket. Kena mix serbuk dengan ubat liquid. Jarum yang ni besar sikit..haha. Tapi doc buat tak sakit. Bila ubat masuk tu ada sakit sikit. So time tekan tu slowly. 

Pecahkan botol ubat pun ada caranya. Time ni kelakar, sebab Dr Tokha menjerit tengok aku cuba pecahkan botol ubat tu. Salah cara..haha. Lain yang dia ajar, lain yang aku buat. Patutla aku ni tak jadi doctor. 




Perasaan?? Tipula kalau tak takut. Tapi u have to do it. Aku inject sendiri, tapi husband tolong tekankan ubat tu. Tak sakit pun time cucuk, cuma rasa pedih sket mcm kena gigit semut tu bila ubat masuk. Kita memang kena bersedia mental and fizikal. Insya Allah semua baik-baik aje

Ok, ni aku belanja korang gambar selfie before jumpa doctor


Lupa pulak, cost untuk hari ni
RM 1,050 (ubat)
RM 235 (consultation & TVS)

Thursday, May 8, 2014

ICSI (1st appointment)

7 Mei 2014

1st day our appoinment utk buat ICSI. Pagi jam 8 kami dah keluar dari rumah. Line up dekat hospital dapat turn no 6 & nurse estimate dalam pukul 12 tgh hari. Kami pun jalan-jalan. Siap keluarkan duit kat Tabung Haji untuk preparation cost ICSI ni. Pergi ambil baju kat dobi lepastu siap beli TV. Sebab nak setting TV kat bilik atas.

Kami dah plan after transfer embrio kena bedrest for few days & decide untuk duduk bilik atas walaupun sebenarnya duduk bilik bawah lebih mudah. tak payah naik turun tangga, dekat dengan dapur & katil pun complete. Cuma SATU je..toilet kat bawah tu bukan toilet duduk. So agak tak sesuai & aku rasa isu toilet ni perlu aku ambil berat. Husband nasihatkan aku duduk atas, dia akan setting kan keperluan termasuklah breakfast & lunch before dia pergi kerja. Maksudnya dia kena ambil halfday seminggu untuk uruskan aku. TV dia akan pasang cuma takde astro. Terharu okey. Mesti aku dilayan like a princess...whoaaaa!!!

Balik semula cerita jumpa Doctor, at last dapat jumpa pukul 4 petang sebab Doctor ada case, Tunggu la kami sampai ngantuk & tertidur-tidur kat sofa tu dari pukul 1. Last jumpa doctor Jun 2013, Dah hampir setahun baru kami jumpa balik. So direct je cakap dah bersedia nak buat ICSI and today is my 2nd day period. Doctor cakap perlu scan dulu sebab takut ada cyst & nak tengok potential ovum..WHAT???? scan time period & heavy flow?Serious aku tersangat malu sebab memang tersangat lah Heavy flow. Period aku bukan jenis sket-sket. MALU...boleh nanges kalau ingat balik..





Doctor cakap ada 15-20 biji ovum and dia ajar cara nak cucuk Puregon. Senang je macam cucuk insulin. Dulu dah pernah buat time IUI. Tapi dulu punya style lagi complicated siket. Kena pecahkan botol dia, campurkan ubat by using picagari baru jab pakai injection yang jarum panjang tu. Tu husband buatkan sebab dia lebih teliti dari aku yg agak clumsy ni...

Tapi yang ni dia just bagi pen insulin, masuk ubat terus jab. Aku boleh buat sendiri. Have to jab 6 days termasuk hari ni, every morning. Perasaan time nak jab diri sendiri tu? Haha tipula kalau aku tak seriau. Tapi aku ni consider tak takot jarum. 1st day doctor yg buatkan, mcm senang dan tak sakit. Tips doctor, kalau tak nak sakit, time cucuk kat perut tu laju-laju. Tekan ubat nk bagi masuk tu pun laju-laju & time nak tarik tu pun hendaklah pantas..

Doctor siap cakap, kalau perut banyak lemak lagi senang nak cucuk. Sebab kita cucuk dalam keadaan duduk. Choooop!!!!Kejap2, ni perli atau satu pujian???  Disebabkan aku tengah switch mode aku utk positive kan diri sepanjang prosedur ni, so consider itu adalah pujian. Yela, bila duduk mestila perut aku macam burger di situ...haha

Tujuan amek injection ni, nak bagi ovum kembang cantik sebelum doctor pickup dan senyawakan dengan sperm husband kemudian jadi embrio. Doctor bagi ice pack & bag sebab ubat ni kena sentiasa sejuk. Clomid tak perlu sebab doctor cakap kesannya lambat dan menipiskan rahim. Kami follow je. Hopefully semuanya ok.


Balik tu dah penat, mungkin sebab period & rasa tak selesa lepas doctor scan. Ingat nak mandi sekali je tertidur. Bangun je dah pukul 64o. Tengok-tengok je TV dah siap setting, carpet dah pasang kat bilik. TV baru pun dah pasang kat hall. Memang tak sedar bila husband aku buat semua tu. Rasa bersalahnya biar dia buat sorang..Katanya tak sampai hati tengok aku penat..tidur macam pengsan. Kesan ubat agaknya.

Kami sebenarnya excited dan agak bersedia untuk hadapi proses ni. Sebab memerlukan kekuatan mental & fizikal. Kami hanya berusaha selebihnya terletak pada ketentuan Allah. Andai gagal sekalipun, at least kami dah cuba. Semoga semuanya baik2 nanti.

Ya Allah, makbulkan doa kami...doa kami yang sekian lama kami mohon..

Amiin


Cost? 
RM 2,300 = Puregon, 400 dosage every bottle, doctor bagi 3 bottles. 

Plus 

RM 235 = consultation dengan TVS (Trans Vaginal Scan)