Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI
 dan memohon maaf sekiranya ada mengguris rasa atau terkasar bahasa.
Semoga lebaran kali ini membawa seribu makna buat kita
dan mengeratkan hubungan silatul rahim sesama Islam..

Salam Aidilfitri,
Wahidah & Iskandar

Tuesday, August 14, 2012

Iklan raya yang paling menyentuh hati

Assalamualaikum

Setiap kali menjelang hari raya, mesti akan ada iklan yang terkesan di hati. Kalau dulu, mesti ternanti-nanti iklan Petronas karya Arwah Yasmin Ahmad. Tahun ni aku nak bg award kat iklan raya BERNAS (Beras Nasional Berhad). First time tengaok time nak sediakan juadah berbuka puasa. Lepas tengok, terus nangis beriya sebab sangat sedih. Sampaikan hasben call time tu pun naik pelik.. Tapi bila dia dah tengok iklan tu, dia pon same je..nangis la sket.  Tp x la over mcm aku, setiap kali tengok, mesti nangis..tak kira la ulang sepuluh kali pon tetap nangis.

Mengisahkan anak yatim istimewa iaitu Ahmad (bisu) & Fizi (buta) berusaha untuk pulang ke kampung berhari raya untuk  menziarahi kubur emaknya. Pelbagai ranjau dan liku yang terpaksa mereka tempoh untuk dapat pulang ke kampung mereka di Segamat.


ok, ni dia video yang full version

Begitu cantik message yang hendak disampaikan di mana Fizi dan Ahmad saling melengkapi
ketidak sempurnaan diri masing-masing.

Bersyukurlah kerana kita masih ada ibu dan bapa dan ingatlah kalau kita susah, mungkin ada orang lain yang menerima nasib yang lebih susah dari kita..


Friday, August 10, 2012

Eid Mubarak preparation

Assalamualaikum,

Masih dalam mood persiapan raya, tapi kteorg tak de mood pun nak raya sebenarnye. Bukan pasal kantoii pg bazar Khamis (Pasar Tiram) time kerja haritu ye kawan-kawan..hehhe. tapi sebab tahun ni, adalah tahun paling kelam kabut utk kteorg. Nak raye, dengan nak pindah rumah lagi. sangatla busy kalah Datin Rosmah.

Buat pengetahuan semua, rumah kami dah siap (n_n). Tapi disebabkan ade deffect haritu, mulalah kakak nak meroyan satu taman. Padahal diaorg ckp, normal la deffect utk rmh baru ni. Bukannya ape, bende ni salah satu punca menyebabkan kteorg lambat move on our new nest...

Rumah kami tu biase je, taklah besar mane pon, tapi komen kalah mcm org beli banglo. Sebab??? itu jelah duit yang kteorg ade utk beli aset bersama. Jelous gak tengok jran sblh dah pindah, tapi kteorg mengamalkan konsep biar lambat asal selamat..Konsep la konon, pd hal dah lambat serba serbi..
So target date kami pindah Insya Allah bulan 9..may b paling cepat pun tengah bulan 9. Tapi mesti bulan 9.
Malas la nak cite pasal rumah..

Ok, berbalik persiapan raya, kteorg mengamalkan konsep besederhana...hahahha. Konsep lagi !!!!!!!!
sebenarnya baju tak sempat tempah. so telah amek keputusan utk pakai je bju ape yg ade. Baju yang telah dipilih adalah time baju tunang. Muat ke?? Memang boleh sarung, tapi cam sendhaat. tarik napas pon masih belum tentu menyembunyikan spare tyre yg ade. Baju tu baru skali je pakai. so dari membazir, lbh baik pakai kan? Hasben pon ade color yg ala-ala gitu la.Nak pakai baju nikah..tapi....tu planning tahun depan la. tak tau la ape ghopenye nanti..

kasut raye baru pon takde..pendek kate aku memang tak beli baju raye pon tahun ni..malas nak pikir. Adik ipar nak kawen, kena g menghantar kat Kedah minggu raye tu. Tapi, baju pon takde, takpela. Bukannya aku ni pengantin pon. Pakai je la ape yg ade..

Yang penting duit rayeeee..tetap kena sediakan utk sedara mara..

Meh, tepek sket picture time tunang dolu kala

Ni 3 tahun yang dulu ye kawan kawan 2009
Nanti tengaok 2012 Farah Wahidah macam mana

Thursday, August 9, 2012

Teringat Berpuasa di Madinah

Assalamualaikum..
Tadi tgh view gambar-gambar lama, ade la picture time pergi umrah last year. Time tu betul-betul lagi 2 hari nak raya. So kteorg sempatla berpuasa di Madinah. Memang lain sgt suasana kat sana & kat sini. Sgt menguji kesabaran sebab panas dia lain macam (bahang). Sampai pakai kasut pun korang akan rasa berapi dlm kasut. Bila angin tiup pun akan rasa bahang kat muka, bukannya sejuk sepoi2 macam kat Malaysia.

Walaupun kat sana adalah tempat berkumpulnya umat Islam dan sangat ramai orang, tapi disitu adalah setenang-tenang tempat ~ Madinah & Mekah. Pengalaman berpuasa & beraya di sana memang sgt priceless. Kalau offer, mmg tiap2 tahun pun nak puasa kat sana. Korang memang tak akan kelaparan, sebab rezeki sentiasa ada. On the way nak pergi solat magrib, mesti ramai sangat org bagi makanan. Kurma, roti, yougurt, macam-macamla..

Di perkarangan Masjid Nabawi- Madinah.
Makanan dah disusun selepas waktu Asar

Close up sket
Yang bentuk ring tu adalah roti, tgh2 ada yougurt, dalam tong tu air zam zam
Air zam-zam kat sana memang disediakan dalam tong, dan sentiasa ada di kawasan masjid. Dalam masjid pun ada banyak. Kiranya air masak kat sana adalah air zam zam

Keadaan bila orang dah cop tempat

Kalau tadi tu di perkarangan Masjid Nabawi, yang ni pulak kat luar Masjid Nabawi
Pun ada bentang utk berbuka puasa. Yang kotak susun tinggi-tinggi tu adalah air kotak, rasa dia mcm kat Malaysia.


Kteorng makan kurma je dlm masjid.
Lepas Magrib, baru balik Hotel, makan kat dining
Indonesian yang masak.


Kami sempat puasa dan raya di Madinah. Solat terawikh dia tak ada selawat selawat..terus je sampai 18 rakaat.



Ni dalam Masjid Nabawi. Masjid ni sangat cantik. Bumbung dia boleh bukak & tutup. Ni ketika bumbung masjid terbuka..sejuk, time solat subuh


Depan Pintu masjid dgn mum in law. dalam masjid tak boleh bawak camera. so sorok-sorok bawak.
selepas solat Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal



Rindulah kat sana..
Insya Allah nak pegi sana lagi..

Thursday, August 2, 2012

Konvesyen Inovatif Kreatif

hye :)
assalamualaikum...
Salam Ramadhan,

Time2 puase ni rajin pulak nk update blog. sebab kat opis sangapp..hehhe..
Kali ni nak cite pasal KIK atau org panggil KMK/ICC dan seangkatan dengannya. selepas menang tempoh hari di peringkat MPPG


Group kami PERMATA

Kumpulan kami mewakili MPPG untuk ke


Peringkat Mini Konvesyen Wilayah Selatan
Alhamdulillah dapat emas


Peringkat Negeri
Errrk...x dpt tempat, tp dapat rice cooker sorang satu


@The Zone Regency Hotel

Peringkat Wilayah Utara dapat Anugerah emas jugakkk uolllsss
Time bertanding kat wilayah Utara ni la berpeluang jalan-jalan kat Penang..check it out!!!


Arrived @ Bayan Lepas Airport terus mkn roti canai

Singgah makan durian & cempedak..sedapp

Pergi Bukit Bendera


Kena nek train utk ke atas nuuuun


Posing kat atas


Ni dah x de koje namenye

Membeli belah di Batu Feringhi>>sibah paling banyak beli tauuu

During Konvensyen



Yeaaayyy..dapat GOLD


Muka kanak2 riang nak balik JB
Congratz to PERMATA

Gambar>Hanya lakonan semata..hahha
Ni la cubical saya (n_n)

  Thanks for all your cooperations & commitments
Next year kita tak payah la menang lagi kat MPPG sebab, penat uolls nk wat preparation..