Thursday, September 22, 2011

Day 1 at Madinah

28 Aug 2011
Lepas check in kat madinah & sahur, kami pergi solat subuh kat Masjid Nabawi (Masjid Nabi). Cantik sgt masjid ni. Fully aircond & ramai sgt org. Yela, bln Ramadhan,jd ramailah yg iktikaf kat masjid sebab kejarkan Lailatul qadar..memang jumpe dgn pelbagai bangsa, jenis org & ragam..kalo lambat,mmg solat kat luar la gamaknye. kat sini banyak tempat dah merase, solat kat airr zamzam pernah, kat luar pernah, kat tangga pernah..kat depan pon pernah gak.


Suasana Masjid Nabawi di waktu pagi (dari luar)
Waktu payung terbuka
Suasana di perkarangan masjid Nabawi ( payung tgh tutup<---canggih, payung akan di buka waktu panas)
Payung Masjid yang da tutup (sbelah kiri) & payung bukak (sebelah kanan)

Masjid Nabawi waktu malam

 Pukul 6.30 pagi da kene berkumpul kal lobby hotel utk ziarah sekitar madinah. Tempat yg kteorg pergi, Masjid Quba, Jabal Uhud, Pasar Kurma, Masjid Qiblatain (Ni lalu je)


Dalam masjid Quba'

Suasana dalam masjid Quba'


Kat luar ade org jual tembikai
Sempat bergambar kenangan



Bukit Uhud

Belakang tu, kubur syuhada' yg terkorban dlm peperangan Uhud. Ustaz yg bwk kami cerita, pernah sekali banjir kat sini dan terkeluar la mayat dr kubur selepas banjir tersebut pulih dalam keadaan berdarah (masih sama ketika terkorban masa peperangan dahulu, wallahualam)
Di bukit Magnet (En hasben with bro in law)

Sempat shopping kat Madinah..hehhe




No comments:

Post a Comment