Tuesday, February 26, 2013

Bila hati dalam keraguan

Assalamualaikum

Kali ni nak kongsi sedikit ilmu berkaitan masalah hati
Bila cakap mengenai hati selalunya timbul keraguan
Apa yang kita perlu lakukan kalau kita dalam keraguan??

Solat Istiharah merupakan satu solat yang boleh dilakukan apabila seseorang itu dalam keadaan ragu-ragu untuk membuat keputusan dalam membuat pilihan hidup.
Solat Istiharah bergitu sinonim dengan membuat pilihan jodoh bagi lelaki dan perempuan. Solat Istiharah boleh dilakukan untuk meminta pertunjuk bagi apa jua pilihan hidup dan tidak terhad kepada hal jodoh sahaja.

Namun, solat Istiharah untuk tujuan memohon pertunjuk jodoh yang baik dan sesuai adalah amat digalakan untuk mendapat jodoh yang baik.

Cara Solat Istikharah

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah

a. Lafaz niatnya:
Sahaja aku Solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri. Selesai memberi Salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

5) Membaca doa Istikharah


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Kesimpulannya:
Yakinlah dengan keputusan anda. Selain selepas berbincang, anda boleh membuat istikharah. Tidak terikat dalam was-was jodoh sahaja, tetapi dalam pemilihan kerja yang halal. satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.

No comments:

Post a Comment