Saturday, April 5, 2014

Fukuoka here i come (Part 2)

Assalamualaikum

Oraite, kita sambung ye. Perjalanan dari KL ke Osaka (kansai Airport) lebih kurang 6 jam stgh. Aku bertolak pukul 8:30 dan sampai pukul 3:30 ptg (waktu Jepun). Jepun awal 1 jam dari kita.

Touch down, aku kena naik shutter (train), terus ke imegresen dia sebab aku tak check in bag. Laluan aku mudah bila aku cakap aku travel sorang, diaorang tak banyak soal. Siap tanya lepas ni nak pergi mana, naik apa..memang peramah.

Aku memang puji cara Japanese ni kerja. Dari awal aku jejak kaki, memang mulut diaorang sentiasa greeting and welcome kita. Setiap pekerja dia, dari assist laluan turun flight, imegresen, kedai, semua la sangat baik.

Keluar je, aku macam terpinga-pinga nak pergi mana. Besar kot Kansai Airport ni..ada 4th floor. Weiii Tolong!!!!! (Aku jerit tapi dalam hati je) Tiba-tiba ada pekerja kat airport tu tanya aku "sumi masin, korek korek korek....blablabla" sepatah haram aku tak paham.

Aku tunjuk je itinerary flight pergi fukuoka.  Dia ckp lagi "korek korek korek...terminal 2...bas....blablabla" sambil tangan tunjuk arah. Aku jawab " arigato, the bas free?" " hait2" dia jawab. Aku rasa aku faham kot walaupun yang aku dapat capture adalah bas dan terminal 2. Before ni aku dah study memang kena naik bas shutter (yang penting free haha). Tapi tak tau nak tunggu mana. 

So aku keluar dari airport..Mak aiiii sojuknye... terus nampak hotel nikko, aero Plaza. Aku belok kiri, accross jalan guna jejantas, then turun escalator terus beratur untuk naik bas. Waaaah terror Farah..hoyyehh. Tak okehhh?? Aku da terus ke hotel nikko sebenarnye tetiba aku pelik. Eh, ni hotel, ada sorang japanese tolong aku tunjuk jalan baru la jumpa. 

Sejuknya bila keluar airport
                              

Accross guna jejantas then turun escalator
Ok, aku tak lunch lagi. Tadi makan pukul 10 pagi. Husband dah pesan makan kat mekdi ada dekat airport tu. Jangan nak memilih sangat makan sebab actually kau memang takde pilihan. Tapi disebabkan aku risau aku lupa atau sesat nak ke terminal 2 tu aku tak makan kat situ dengan harapan kat terminal 2 tu nanti adalah kedai makan lain. Terminal 2 ni khas untuk domestic flight. Aku naik Peach Airline. Banyak lagi domestic flight diaorang Anna, Jetstar..ramai yang naik bullet train atau JR train. Tapi aku tak tau, plus bullet train mahal giler. One way RM 200 lebih. Kalau Peach Airline pergi balik RM 300 lebih. 


Sila jakun dengan mesin tukar duit, masuk duit kertas, keluar syiling
Sampai Terminal 2 aku dah mati kutu. Kecik je tempat dia. 1 floor je. Tempat makan ada dua tapi tak reti aku nak tengok. Nampaknya makan roti dengan kek coklat balance dalam flight tadi. Apa aku buat sepanjang 3 jam? Baca novel, dan online...tengok kiri tengok kanan.

Dekat Japan mesti ada tempat khas untuk smoking.
Cantik pulak tu, dekat shopping mall pun ada..curlassst
Ni dekat Domestic Airport dia

Flight next pukul 7:30pm. 1 hour before boleh check in dekat kiosk (dia ada sediakan banyak). Masalahnya kiosk dia tulis jepun (Hadoooiiii, tepok dahi aku) . Dia kena scan bar code tapi tak lut pun. Boleh key in manual, tapi aku tak paham. At last aku suruh ada sorang budak sekolah ni tolong aku..selamat. 

Naik flight sejam. Sampai Fukuoka husband dah tunggu. Yeayy finally jumpa, suka tau kite ( sambil kelip2 mata banyak kali) hahaha.





Dalam train subway



Hakata Station

From airport fukuoka (domestic) naik train (Subway) ke Hakata Station. Jarak 2 station je..puas husband aku ajar, nanti naik train dari sini, keluar kat sini..blablabla. Sepatah haram aku tak ingat. Malas la...kan lama lagi aku kat sini, seminggu...lalalalala (sambil jakun tengok kanan kiri, atas, bawah...kesian ko farah)




No comments:

Post a Comment