Friday, May 16, 2014

ICSI (3rd Appointment)

14 Mei 2014

Ok, continue...harini aku dah mula cuti. Saje amek awal. So relax tak pikir pasal keje. Aku on leave dari 14 Mei sampai 8 Jun..baru 3 minggu, ok la tu

So harini dapat turn no 2. Aku amek nombor, balik injection, tengok tv lepastu pergi hospital. Sampai je, nombor dah lepas, padan muka. 

Hari ni doctor tambah lagi satu injection supaya telur nak menetas. Kalau korang tanya aku bila menetas, telur tu boleh menetas ke? Aku memang tak tau. Aku follow je doctor..

Makanya, dengan ini, injection aku menjadi 3 injection setiap hari. Sila nanges dalam hati..rasanya dah tak sanggup nak inject diri sendiri. Nak suruh hasben la lepas ni..

Appointment dengan doctor lagi 3 hari. Pickup ovum hari isnin, transfer embrio hari rabu. Delay 2 hari sebab nak bagi telur besar semuanya..

Balik beli nasi ayam, pastu rehat sebab kepala dah pening 



Cost untuk hari ni

RM 2,250 - injection (puregon, humog, buren)
RM 234.65 - consultation dgn TVS

No comments:

Post a Comment