Tuesday, August 14, 2012

Iklan raya yang paling menyentuh hati

Assalamualaikum

Setiap kali menjelang hari raya, mesti akan ada iklan yang terkesan di hati. Kalau dulu, mesti ternanti-nanti iklan Petronas karya Arwah Yasmin Ahmad. Tahun ni aku nak bg award kat iklan raya BERNAS (Beras Nasional Berhad). First time tengaok time nak sediakan juadah berbuka puasa. Lepas tengok, terus nangis beriya sebab sangat sedih. Sampaikan hasben call time tu pun naik pelik.. Tapi bila dia dah tengok iklan tu, dia pon same je..nangis la sket.  Tp x la over mcm aku, setiap kali tengok, mesti nangis..tak kira la ulang sepuluh kali pon tetap nangis.

Mengisahkan anak yatim istimewa iaitu Ahmad (bisu) & Fizi (buta) berusaha untuk pulang ke kampung berhari raya untuk  menziarahi kubur emaknya. Pelbagai ranjau dan liku yang terpaksa mereka tempoh untuk dapat pulang ke kampung mereka di Segamat.


ok, ni dia video yang full version

Begitu cantik message yang hendak disampaikan di mana Fizi dan Ahmad saling melengkapi
ketidak sempurnaan diri masing-masing.

Bersyukurlah kerana kita masih ada ibu dan bapa dan ingatlah kalau kita susah, mungkin ada orang lain yang menerima nasib yang lebih susah dari kita..


No comments:

Post a Comment