Thursday, August 9, 2012

Teringat Berpuasa di Madinah

Assalamualaikum..
Tadi tgh view gambar-gambar lama, ade la picture time pergi umrah last year. Time tu betul-betul lagi 2 hari nak raya. So kteorg sempatla berpuasa di Madinah. Memang lain sgt suasana kat sana & kat sini. Sgt menguji kesabaran sebab panas dia lain macam (bahang). Sampai pakai kasut pun korang akan rasa berapi dlm kasut. Bila angin tiup pun akan rasa bahang kat muka, bukannya sejuk sepoi2 macam kat Malaysia.

Walaupun kat sana adalah tempat berkumpulnya umat Islam dan sangat ramai orang, tapi disitu adalah setenang-tenang tempat ~ Madinah & Mekah. Pengalaman berpuasa & beraya di sana memang sgt priceless. Kalau offer, mmg tiap2 tahun pun nak puasa kat sana. Korang memang tak akan kelaparan, sebab rezeki sentiasa ada. On the way nak pergi solat magrib, mesti ramai sangat org bagi makanan. Kurma, roti, yougurt, macam-macamla..

Di perkarangan Masjid Nabawi- Madinah.
Makanan dah disusun selepas waktu Asar

Close up sket
Yang bentuk ring tu adalah roti, tgh2 ada yougurt, dalam tong tu air zam zam
Air zam-zam kat sana memang disediakan dalam tong, dan sentiasa ada di kawasan masjid. Dalam masjid pun ada banyak. Kiranya air masak kat sana adalah air zam zam

Keadaan bila orang dah cop tempat

Kalau tadi tu di perkarangan Masjid Nabawi, yang ni pulak kat luar Masjid Nabawi
Pun ada bentang utk berbuka puasa. Yang kotak susun tinggi-tinggi tu adalah air kotak, rasa dia mcm kat Malaysia.


Kteorng makan kurma je dlm masjid.
Lepas Magrib, baru balik Hotel, makan kat dining
Indonesian yang masak.


Kami sempat puasa dan raya di Madinah. Solat terawikh dia tak ada selawat selawat..terus je sampai 18 rakaat.



Ni dalam Masjid Nabawi. Masjid ni sangat cantik. Bumbung dia boleh bukak & tutup. Ni ketika bumbung masjid terbuka..sejuk, time solat subuh


Depan Pintu masjid dgn mum in law. dalam masjid tak boleh bawak camera. so sorok-sorok bawak.
selepas solat Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal



Rindulah kat sana..
Insya Allah nak pegi sana lagi..

No comments:

Post a Comment