Friday, July 27, 2012

Born not to be like an angel

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Sekejap je dah 7 Ramadhan, seminggu sudah kita berpuasa..tiba lah saat kita berhari raya..hikhikhik. Sebut pasal nak raya ni, kaum hawa la paling banyak nak pikir persiapan raya. Baju utk suami, anak2, langsir untuk rumah, tudung nak matching dengan baju lagi, duit raye lagi..bla..bla..bla...

Entry kali ni just nak share mengenai persiapan raya yang lambat lagi kunjung tibanya..aku ni je yang eksaited terlebih thn ni..sebab nye, lepas gian dah 2 thn x celebrate raya secara normal..(ohh..puase ko tak beriye pulakk ye :p) Yela, 2 thn lepas, hasben pergi training kat japan, sehari before nak raya, baru la balik Malaysia. So langsung tak semangat nk beli baju raye semua. Tahun lepas alhamdulillah, berpeluang raya kat Mekah ketika menunaikan umrah. So, balik Malaysia dah raya ke 14..Time tu memang lagila langsung tak kesah pasal raya..

So tahun ni, baru la nak sibuk pikir pasal raya sebagai seorang isteri setelah 2 thn lebih kawen. Rumah tak yah nak pikir sebab rumah tgh tunggang langgang. Few barang dah packing ye. So thn ni CLOSE house ye uolllsss. Berbalik semula cerita preparation nak raya ni, aku berkobar-kobar nak pegi pasar Khamis @ Pasar Tiram. Dah namaya pasar Khamis, harusla di kala hari Khamis & waktu bekerja, pagi je pasar tu bukak. Pasar ni, bnyak sgt jual pelbagai jenis baju raya dgn harga yg sgt murah dan ramai peniaga amek stock kat sini. Di sebabkan nak pegi dengan kawan2 so pegi la waktu bekerja..Ni dah kali ke 2 aku pegi sini. 1st time pg dgn azam & Hisam time aku mula2 masuk keje dulu..Hasil 'tangkapan' tak lumayan pon. sebab aku beli 1 baju, tu pon baju jalan, bukan baju raya. Member2 lain sume dah beli baju (yg berkaitan dengan raye ok). Aku ni je yg tersalah konsep. Kat sana ada gak terserempak dengan beberapa officemate. Balik je opis, aku rase, mcm ramai je yang tau kteorg ni pegi Pasar Tiram..macam satu Menara tu la tau..Sehinggalah announcement khas dibuat pada esok paginya & memo peringatan dikeluarkan - tak benarkan cilok g Pasar Khamis & beli juadah kat bazar time keje..

Hoookeyyy, fine. Memang la kteorg salah pun keluar di waktu bekerja. Tapi aku pon manusia..bukan malaikat. Sekurang-kurangnya aku mintak izin dgn bos, & berterus terang yg aku nk pegi Pasar Khamis tu. At least aku jujur walaupun tak bertempat..hhahha. Aku dah apply time off tapi, boss ckp tak pyh sbb dia ckp, skali skala takpe..tp jgn jd amalan. Aku pon bukan la kaki rayap sgt. Aku memang prasan dari dulu lagi. Nasib aku slalu je tak baik time buat salah ni..Time org lain buat ok je. Time aku mesti kecohhh. Time sekolah pon same. Orang ponteng prep elok je. Time aku ponteng prep (1st time) dah kene gegar dorm dgn warden smpai aku nyorok bwh katil..Aku bukan dilahirkan untuk menjadi seperti malaikat, aku hanya manusia yang kadang2 nak jugak buat silap..tapi aku tau salah tetap salah, cuma aku tau bataskan diri sendiri..

Moral of the story...tahun ni, aku dah takde mood balik nak pk pasal raya beriye..ape yg ade jela....

Tuesday, June 19, 2012

Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum..

hye :) Entry kali ni just nak share mengenai drama yg aku tgh suke skrg ni. Baru 2 episod, tp aku mmg suke la..coz jln cite dia ala2 korea erkkk tp lagu endon tp di melayu kan..Dulu aku mmg suke layan lagu2 endon..
cerita ni gak mengingatkan aku time tgh gile drama endon time blaja kat U dulu macam Ada apa dengan cinta, Tentang Dia, 30 hari mencari cinta and fav Eiffel I'm in Love <-- siap dengar soundtrack utk 1 filem hookeyy 


Drama ni arahan Erma fatima & sinopsis utk drama ni...

KEABADIAN CINTA INARA TERSEMADI DI JIWA NADIRA

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar (akashah) masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira(Tiz zakiyah) yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

nah ni aku tepek poster promo drama ni

Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama

Dah keluar jiwang Farah Wahidah ...kay..bai (n_n)v


Thursday, April 19, 2012

Tak sangke boleh menang :)

Pada 18 & 19 April MPPG telah jalankan satu pertandingan Konvensyek Kualiti (internal). lately sgt busy coz kene siapkan buku project & slide presentation utk pertandingan tu. Nasib, ade sumber rujukan (kak.Su) yg mmg sgt experience dlm hal2 ni..sian kak su, smpai pneng2 kepale & Mc coz nak prepare for the best. Kami group baru, so not expect more, just buat yg termampu..

On that day, everything is going smoothly & presentor kteorg pon dah buat the best :) bile time keputusan diumumkan,suprise sgt group kteorg dapat no 1..suke & x sangke (n_n)

Wednesday, April 11, 2012

ToOthache

Dah 2 mlm tak dapat tido sebab sakit gigi sampai rase nak tampar org laju2..sakit gigi sampai bengkak, dengan sakit tekak lagi,sampai nak bukak mulut pun sakit. Leher pon sakit. bile sujud, dekat bawah rahang ni mcm nak terkeluar dari tempatnye. Ni gigi bongsu, mmg manje sikit.time dia nak keluar sakit sgt sebab gigi yang nak tumbuh tu terhalang oleh gusi.

sabo jela..sabo jela..sabo jela....



tengah hari x de mood nak makan..tp bile dah petang (x yah tunggu mlm) dah rase lapor. so cuit nasi goreng mira & salleha tu pun x bley nak telan sgt. tekak sakit,kurus la kot lepas ni. tapi x pyh nak kurus sgt kot sbb blk singgah McD beli bubur ayam.at least sedap tekak mkn bende panas2 ni tanpa kunyah..



ok la nak cube tido..ngantokkk
Hope sok gigi dah tak sakit lagi


***********Gud Nyte**********

Saturday, March 17, 2012

Yok bersenam!!!

TARGET---> nak beli treadmill Takashima

yang harganye melebihi gaji aku sebulan..sekian terima kasih

Hai...entry kali ni Farah Wahidah nak ajak korang semua bersenam..percaya tak?hehheh.sejak azali memang pemalas nak bersenam..dari zaman sekolah..asal rentas desa je mesti cari point nak mengelak...aku bukanlah jaguh pecut sekolah..tidak sekali mase di zaman universiti dan sudah tentu jauh sekali wakil negara..(tak agak-agak)




Tapi kali ni jgn tepanjat...bila Farah Wahidah nak menyeru kepada rakan2 semua untuk bersenam...Orang dok ckp, bley bg bdn fit la...tu la ni la.tp yang paling penting sebenarnye utk kesihatan ye uollls...

Di sini saya ingin berkongsi gambar senaman yg saya lakukan sekali sahaja..hehhe..kononye nak regist kat gym ni..tp disebabkan gym ni jauh dari rumah plus weeknd pun tight schedule..bile je la kami nak berlari larian di gym ni.menarik tau..ade aerobic class, yoga, dance..mmg kelassssss.

yela, nk excercise kat umh mmg harapan..tp kalo da bayar..harusla rajin coz tak nak la duit terbang sia-sia begitu je....


highly recommended clark hatch fitness centers kat Danga bay...

yang baju biru tu bukan instructor ye...tu tukang bg semangat(sambil mengutuk & ketawa dlm hati..cam la org x tau)


yela tu....





Saturday, March 3, 2012

Cameron Highlands ~ Day 1

Best2..tu je la perkataan yang mampu aku ungkapkan..hihi..may be time nak pegi bercuti tu mind set kteorg mmg nk bersuke ria..tanpa memikirkan ape2..tak yah pikir duit ade ke takde..yang penting happy (n_n)v Gambar wajib-dalam kete






Bertolak dari JB hari jumaat malam..Balik rumah mak mertua dulu kat seremban. Hari sabtu pagi Kol 7.30 pg baru la bertolak ke Cameron Higlands..Ade dua jalan yg kita bleh ikut. 1st, ikot tapah atau 2nd alternative ikot Simpang Pulai..Dua2 ikot je Lebuh Raye PLUS utara Selatan..Before pegi ni, gasak la kteorg view blog2 nk tau jalan mane yg ok..Ramai recommend ikot Simpang Pulai cz jln much better than Tapah yg sgt bahaya..tp ikot Tapah dekat. At last kteorg ikot Tapah gak..hehhe.Plan pegi ikot tapah & blk ikot simpang pulai..so tau la 2dua jalan..memang scary gler ikot Tapah..sangat2!! Sharp bend sampai korang mmg x bley nmpak kete kat depan..memang mengucap je la sepanjang perjalanan..lame gak.nasib x muntah. ade satu kete tu, smpai je tmpat rehat tea house tu terus muntah..memang cam ular kene palu..


Kami sampai lebih kurang kol 12.30..so g regist kat Hotel dulu..Century Pines Resort (tanah rata)..Highly recommended hotel ni. Even dr luar nmpak biase je, tp bilik dia sgt ok. igt nak amek bilik with garden (ade private garden depan hotel), tp sebab hujan kteorg tukar deluxe..coz x bley refund.



Sebab bilik x get ready lagi, so kteorg g jalan2 dulu..lunch nasi ayam kat kedai2 mkn dekat2 situ.kat tanah rata bnyak kedai mkn. so x susah la.dr hotel kalau nk jln kaki pon bley.tp kteorg naik kete..hehhe. pas makan terus g Ladang Strawberry kat Berinchang. Ladang strawberry bnyak.tp kteorg pegi kat Raju strabwberry park dekat2 kat Hotel Equotorial..strawberry coklat dia mmg terbaekk!!!


Ladang strawberry






Strawberry coklat





Pas tu gerak ke Ladang teh Boh kat atas skali..time ni hujan renyai2..so jln dia mmg la scary.siap ade jln yg dah runtuh ke bawah. tp kat Boh ni mmg heaven la..hijauuuu je..
Ladang Teh Boh




da puas berjalan, kteorg check in hotel & rehat.



Review pasal hotel. memang puas hati. Even luar hotel design biase2 je tp dalam dia mmg puas hati..bersih




Pemandangan dari balkoni






Toilet dia besar..ade bath tab & sebelah kiri toilet ade 2 lg bilik kecik (bilik shower) & toilet





Lewat petang, kami gerak ke Pasar Malam (Berinchang) time ni hujan lebat sangat. So better mkn dulu sebab dah laporr & tggu ujan reda sket. Kami makan kat restoran pak nik (Berinchang) dekat dgn pasar mlm.Banyak lauk kteorg order,tp semua habiss..hehhe. Pas mkn g pasar malam, sebab x bwk payung, kteorg beli pyung strawberry (korang ade??) dah beli starwberry terus balik dgn harga murah..6 bekas RM 10 je sbb kedai da nak tutup. suke!!


Banyak x? Ikan pari bakar, sup, telur bungkus, kopok & air = RM 33,ok la tu






Hasil belian



FYI, strawberry mmg x tahan lame.so kalau nk bwk turun bwh pon kne cepat mkn, x bley tindih2 nanti benyekk







settle day 1..