Sunday, March 10, 2013

Hatyai with my bestie ~ Imah & Yana

Assalamualaikum korang
ni entry terperam sebab baru dapat pictures yang merepek & meraban dari imah. Sebenarnya kteorg pergi Hatyai bulan 10 haritu..pergi sane 5 hari 4 malam..So bermulalah lawatan mak jemah ke Hatyai. Tak reti nak cerita panjang-panjang tengok picture je la ye..
sumber pictures from kamera imah & blog yana..



Muke tak pernah naik train..kesian
 
Disebabkan aku & imah dari Jb so kteorg kena pergi ke KL. Kteorang naik train, bertolak 12.30 malam & amek bed seat. Target sampai KL Sentral dalam kol 6.30 pagi..
Ni 1st time aku nek train & jakon ok..selesa la cuma katil dia kecik. kecik2 pon, muat je aku & imah duduk 2 org 1 katil borak2 kepoh2 okeyy... pukul 2 pagi baru kteorg tidur. Sampai Kl dah nak pukul 7 macam tu la.

Yana & hubby amek kteorg kat KL Sentral teros gerak kat Subang Aiport. Kami naik firefly, time tu tengah murah RM 198.Sila abaikan muke yang sembap sebab tak mandi..hehe


Sampai sana amek teksi terus pergi travel agent ~ Lovely Tours. Kat sana baru deal untuk hotel. Bukan tak nak booking awal-awal. Tapi memang lebih senang & murah kalau deal through travel agent. Kita boleh request ikut budget yang kita nak. Dan dinasihatkan jangan walk in kalau nak booking sebab harga walk in lagi mahal. So kami stay kat Grand Plaza Hotel untuk 3 malam & BP hotel untuk 1 malam.

Kenapa hotel lain-lain?sebab malam last tu malam weekend & Grand Plaza Hotel da penuh. Grand Plaza Hotel ni memang kat tengah-tengah bandar & strategic la untuk nak pegi jalan-jalan kat market dia atau mall yang berdekatan.

Just nak comment pasal manners orang-orang kat sana. Mostly diaorang memang agk kureng la bab-bab manners ni. Dari penjual sampai la front liner kat hotel tu pun 2 kali 5 je. Diaorang agak kasar, x helpful dan senang citer tak welcome kite pon even kte ni tourist. Time nak register utk amek kunci hotel, boley pulak dia suruh tinggal pasport even kita da bagi duit booking..sengal!!!
so jangan sesekali tinggal pasport kat sape2..sruh je dia fotostat..
jangan ikot procedure ntah ape2 tu..tak boley pakaii..


Ni la Bilik Grand Plaza Hotel
Sumber from Yana's Blog
http://yanamalek.blogspot.com/
Ok disebabkan kteorang dah kebuluran, so cari la Restoran untuk makan. Kami makan kat Restoran Salma. Ok makanan dia & harga pun standard harga macam kat Malaysia. Restoran ni interior dia cantik. Sebab mostly kat sana terus terang kebanyakan kedai dia hygene agak kureng sikit.





Pas makan, jalan-jalan around  kat sana.pastu rehat. Malam nye kami pergi pasar malam, & makan nasi kuning..sedap & murah RM 3 je kalo convert duit kita. Kat sana makan kena hati2 sebab bersepah je dia jual roti ke maggi ke yang ade babi. kena rajin bace before beli & pegang hahhaha.
Pasar malam dia pon ade je jual babi gantung..




Sedap nila nasi kuning tu
nak tau halal ke tak yg jual kat stall atau kat kedai..ade sign bulan & bintang
 
Pas makan malam tu kteorang rehat untuk smpan tenaga. sok nak jalan lagi banyak ni..

Sunday, March 3, 2013

Bawa aku pergi

Mode vacation on (>_<)v

Renew pasport kat setia tropika. Ahad pun bukak tau.

Mode anniversary pun on gak la :)

Tuesday, February 26, 2013

Bila hati dalam keraguan

Assalamualaikum

Kali ni nak kongsi sedikit ilmu berkaitan masalah hati
Bila cakap mengenai hati selalunya timbul keraguan
Apa yang kita perlu lakukan kalau kita dalam keraguan??

Solat Istiharah merupakan satu solat yang boleh dilakukan apabila seseorang itu dalam keadaan ragu-ragu untuk membuat keputusan dalam membuat pilihan hidup.
Solat Istiharah bergitu sinonim dengan membuat pilihan jodoh bagi lelaki dan perempuan. Solat Istiharah boleh dilakukan untuk meminta pertunjuk bagi apa jua pilihan hidup dan tidak terhad kepada hal jodoh sahaja.

Namun, solat Istiharah untuk tujuan memohon pertunjuk jodoh yang baik dan sesuai adalah amat digalakan untuk mendapat jodoh yang baik.

Cara Solat Istikharah

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah

a. Lafaz niatnya:
Sahaja aku Solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri. Selesai memberi Salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

5) Membaca doa Istikharah


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Kesimpulannya:
Yakinlah dengan keputusan anda. Selain selepas berbincang, anda boleh membuat istikharah. Tidak terikat dalam was-was jodoh sahaja, tetapi dalam pemilihan kerja yang halal. satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.

Saturday, February 16, 2013

Chang kala ok


Salam uollss
Kali ni bukan nak cerita pasal chang
Sempena chinese new year
Tapi ini mengenai chang (nyanyi)
Dalam bahasa mandarin
Dan sekiranya digabungkan
NYANYI KARAOKE

hehhhe
Tak sia sia aku belajar mandarin
3 sem kat uitm dulu

Aku bukanlah peminat tegar karok ni
Sekadar suke suke boleh la
Untuk nyanyi depan public, kenduri kawen
Atau yang seangkatan dengannya
Bukan aku orangnya
Sebab???
Suare aku ni sedap sgt
Selayaknya nyanyi dalam jamban
Atau tepi laut supaya senang kelaut
Hahhahh

Ni kteorg nyanyi kat alibaba
Dekat giant tampoi
Interior sangat la thumbs up
Highly recommend utk beginner cm aku
Sebab sound sistem sedap
So suara korang akan dengar cam sedap je
Hahhahha
Aku dapat blk nora danish
Tu pasal la x sedap
Sebab nora danish pelakon mane pandai nyanyi
Janji sedap untuk halwa telinga sendiri

Tuesday, February 5, 2013

Majlis Penutup Sukan Dalaman

Assalamualaikum
hye (>_<)V
kali ni nak cerita mengenai sukan dalaman
Kami telah dibahagi pada 5 pasukan ungu, merah, hijau, biru & oren secara undian
So x ikut jabatan la ye

Macam-macam pertandingan telah dijalankan antaranya
boling, bola jaring, badminton, bola tampar, sepak takraw, futsal, memancing pun ade (tp utk laki jela)
Kiteorg ade marching sebagai majis penutup
Best, terase mcm zaman sekolah dulu kala...hehehehe

Diiringi oleh band
kerlasssss

Merah

Oren

Biru

Ungu
is the best!!!

Hijau

Go purple go

Aku kat belakang sekali

 
Dengan Norlin

Posing lagi

Purple Girl Power



Tetap happy even dapat no 2

Dah Macam Panca sitara


MPPG


Secara Keseluruhan Merah menang, Lepastu Oren baru la purple
Tapi aku happy sebab at least adela aktiviti yang boleh kita buat same2 & campur2 jabatan
Time ni je bley nak huhahuha pastu semangat konon-konon nak menang
Sumbangan aku kat kumpulan tetap ade walaupun x banyak
Aku masuk badminton, bola tampar, bola jaring
Walaupun tak pernah main bola jaring before ni & tak tau langsung rules dia tapi hentam jela sebab nak cukupkan team.
Bila ingat2 balik memang kelakor

See u next year

Monday, February 4, 2013

My Dream House

one type of my dream house. Modern & simple


 

Pandangan dari hadapan



Dari tepi (left side)


Masuk pintu, terus ada bilik



Hall
Besar




Dry Kitchen


Wet Kitchen


Tangga utk naik ke tingkat 2


Family hall (atas)


Bilik


Master Bedroom


Toilet Master bedroom


Toilet

 Tp hakikatnya rumah ni terlalu besar utk kami. Rase sunyi sgt kalau rumah besar2 tapi duduk berdua je.  Lagi pon rumah ni berharga million, tak mampu rasenye..mampu tengok & verangan jela

Saturday, January 26, 2013

Amalan Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Malidur Rasul
iaitu hari kelahiran Nabi yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW
Berikut sedikit biodata yang saya search & ingin kongsikan beserta amalan-amalan baginda yang boleh kita ikuti


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.


Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN

* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di

dalamnya.

USIA 6 TAHUN

* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.



USIA 40 TAHUN

* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid

2. Saudah Binti Zam’ah

3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)

5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

7. Zainab Binti Jahsy

8. Maimunah Binti Harith

9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.


1. Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)

3. Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)


4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6. Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)


7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)


10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)


11. Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)


15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)


والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)