Saturday, April 12, 2014

Japan Trip 2014

19 March 2014 (Rabu)

Pagi ni nak hantar husband pergi kerja..ngade tak? Saje je nak tau suasana yang dia lalui hari-hari. Pergi kerja jalan kaki. Rata-rata orang kat sini naik basikal, jalan kaki or public transport (train). Kereta jarang, so jalan raya dia tak sesak sebab ada laluan khas untuk yang naik basikal & yang jalan kaki. Pukul 9 pagi baru start office hour. So 8:20 pagi dah kena keluar. Jalan kaki lebih kurang 10 minit.


Mostly diaorang pergi keje, naik basikal, jalan kaki atau public transport


Pokok Plum Blossom
Adik beradik sakura (Cherry Blossom)

Laluan Nak ke kilang husband

Lepas ni nak buat apa??Sebelum sampai Japan aku memang dah list kan tempat-tempat yang nak pergi. Memandangkan hari ni hasben aku kerja, so memang kena jalan sendiri la ye. Tak perlu rasa takut walaupun di negara orang, sebab bagi aku, Jepun ni negara yang selamat. Orangnya sangat helpful walaupun mungkin kebanyakan dari mereka tak faham bahasa Inggeris. Plus tempat yang aku pergi ni (Fukuoka) bukanlah bandar besar macam Tokyo. So takde la busy & crowded.

So plan for today, kita gerak ke hardrock cafe & Yahoo Dome. Boleh naik train atau bas. Train kat sini banyak jenis kalau nak mudah pilih jenis Subway sebab ada version English. Yang lain semua tulis Jepun. Tapi tengok tempat gak. Tapi kali ni aku nak try naik bas. Kenapa Hardrock Cafe? Entah? saje jela kot nak tengok. Kat Malaysia pun aku tak pernah amek tau HRC ni. Yahoo Dome ni sebenarnya stadium yang canggih la. Selalunya perlawanan baseball dibuat kat sini.

Pukul 10.30 pagi From Hotel Toyoko Inn terus ke Hakata Station. (nanti aku buat entry khas untuk hotel yang aku tidur ye sebab aku pindah-pindah). Terus tanya Info Centre so diaorang tulis dalam 1 kertas aku kena naik bas apa. Tapi haram aku tak faham sebab dia tulis Japan. Bawah tu aku translate supaya aku faham.



Kaunter info
Nak tanya apa, tanyalah


HRC Fukuoka siap model lagi aku bagi package


Dalam HRC

Ni mould tangan pemain baseball diaorang
Mostly stadium digunakan untuk perlawanan baseball

Salam je la..walaupon sorang pon tak kenal

Ni la Stadium nya

Ni kat luar Stadium




Ni Hakata Station


Sunday, April 6, 2014

Kenduri rumah mama

Alhamdulillah settle kenduri rumah mama. Kali ni kurang penat sikit sebab order je. Selalunya mama masak sendiri tapi kali ni cuma mee hoon putih je mama masak. Yang lain menu utama Laksa Johor & kuih muih order je

Kami bukanlah buat kenduri besar. Cuma memang turn yaasin rumah mama. Kebiasaannya baca Yaasin lepastu ada marhaban sikit. Kalau Johor, marhaban ni memang dah biasa. Cuma lagu marhaban ni aku tak berapa familiar..hehehe

Penat kemas before kenduri sebab sebenarnya rumah baru lepas renovate. Renovate ni buat sket2. Mula2 pecah dapur dan tolak bilik air ke belakang. Kemudian, baru buat depan. Aku akui memang cantik. Bukan nak bermegah tapi aku cakap dari hati

Funder yg paling utama kak dila. Semoga murah rezeki kerana menyenangkan family. Aku?? Em adalah sumbang sikit..

Firaz baru lepas mandi

Firaz buat muka minion

Bff yang makin kurus



Saturday, April 5, 2014

Fukuoka here i come (Part 2)

Assalamualaikum

Oraite, kita sambung ye. Perjalanan dari KL ke Osaka (kansai Airport) lebih kurang 6 jam stgh. Aku bertolak pukul 8:30 dan sampai pukul 3:30 ptg (waktu Jepun). Jepun awal 1 jam dari kita.

Touch down, aku kena naik shutter (train), terus ke imegresen dia sebab aku tak check in bag. Laluan aku mudah bila aku cakap aku travel sorang, diaorang tak banyak soal. Siap tanya lepas ni nak pergi mana, naik apa..memang peramah.

Aku memang puji cara Japanese ni kerja. Dari awal aku jejak kaki, memang mulut diaorang sentiasa greeting and welcome kita. Setiap pekerja dia, dari assist laluan turun flight, imegresen, kedai, semua la sangat baik.

Keluar je, aku macam terpinga-pinga nak pergi mana. Besar kot Kansai Airport ni..ada 4th floor. Weiii Tolong!!!!! (Aku jerit tapi dalam hati je) Tiba-tiba ada pekerja kat airport tu tanya aku "sumi masin, korek korek korek....blablabla" sepatah haram aku tak paham.

Aku tunjuk je itinerary flight pergi fukuoka.  Dia ckp lagi "korek korek korek...terminal 2...bas....blablabla" sambil tangan tunjuk arah. Aku jawab " arigato, the bas free?" " hait2" dia jawab. Aku rasa aku faham kot walaupun yang aku dapat capture adalah bas dan terminal 2. Before ni aku dah study memang kena naik bas shutter (yang penting free haha). Tapi tak tau nak tunggu mana. 

So aku keluar dari airport..Mak aiiii sojuknye... terus nampak hotel nikko, aero Plaza. Aku belok kiri, accross jalan guna jejantas, then turun escalator terus beratur untuk naik bas. Waaaah terror Farah..hoyyehh. Tak okehhh?? Aku da terus ke hotel nikko sebenarnye tetiba aku pelik. Eh, ni hotel, ada sorang japanese tolong aku tunjuk jalan baru la jumpa. 

Sejuknya bila keluar airport
                              

Accross guna jejantas then turun escalator
Ok, aku tak lunch lagi. Tadi makan pukul 10 pagi. Husband dah pesan makan kat mekdi ada dekat airport tu. Jangan nak memilih sangat makan sebab actually kau memang takde pilihan. Tapi disebabkan aku risau aku lupa atau sesat nak ke terminal 2 tu aku tak makan kat situ dengan harapan kat terminal 2 tu nanti adalah kedai makan lain. Terminal 2 ni khas untuk domestic flight. Aku naik Peach Airline. Banyak lagi domestic flight diaorang Anna, Jetstar..ramai yang naik bullet train atau JR train. Tapi aku tak tau, plus bullet train mahal giler. One way RM 200 lebih. Kalau Peach Airline pergi balik RM 300 lebih. 


Sila jakun dengan mesin tukar duit, masuk duit kertas, keluar syiling
Sampai Terminal 2 aku dah mati kutu. Kecik je tempat dia. 1 floor je. Tempat makan ada dua tapi tak reti aku nak tengok. Nampaknya makan roti dengan kek coklat balance dalam flight tadi. Apa aku buat sepanjang 3 jam? Baca novel, dan online...tengok kiri tengok kanan.

Dekat Japan mesti ada tempat khas untuk smoking.
Cantik pulak tu, dekat shopping mall pun ada..curlassst
Ni dekat Domestic Airport dia

Flight next pukul 7:30pm. 1 hour before boleh check in dekat kiosk (dia ada sediakan banyak). Masalahnya kiosk dia tulis jepun (Hadoooiiii, tepok dahi aku) . Dia kena scan bar code tapi tak lut pun. Boleh key in manual, tapi aku tak paham. At last aku suruh ada sorang budak sekolah ni tolong aku..selamat. 

Naik flight sejam. Sampai Fukuoka husband dah tunggu. Yeayy finally jumpa, suka tau kite ( sambil kelip2 mata banyak kali) hahaha.





Dalam train subway



Hakata Station

From airport fukuoka (domestic) naik train (Subway) ke Hakata Station. Jarak 2 station je..puas husband aku ajar, nanti naik train dari sini, keluar kat sini..blablabla. Sepatah haram aku tak ingat. Malas la...kan lama lagi aku kat sini, seminggu...lalalalala (sambil jakun tengok kanan kiri, atas, bawah...kesian ko farah)




Monday, March 31, 2014

Fukuoka here i come (Part 1)

18 March 2014

Johor Bahru-->Seremban-->LCCT-->Kansai Airport (Osaka)-->Fukuoka

Ha macam tu la perjalanan aku. Kali ni travel sorang, sebab husband aku dah pergi dulu. So aku kena pergi sendiri dan balik pun sendiri. Takot?? Giler tak takot??? Debor la, first time tau. Tapi ni memang experience untuk aku travel secara solo. Agak menarik, kerana cinta ku sanggup merentas dunia...hahaha. Sila geli dengan statement aku ni weeeii. Lagi pun aku nak kutip semangat aku kat Jepun sana (husband aku la) sekali lagi sila jangan muntah....

From JB aku naik bas. Tidur semalam kat seremban (rumah mertua). Sok nya pagi-pagi buta pukul 5.30pagi dah bertolak le LCCT. Ye aku naik Air Asia. Sebab pak cik Tony jual tiket murah compare dengan yang lain. (Nanti aku review sikit pasal Air Asia yek)

Korang pergi LCCT bahagian international Departure. Alhamdulillah imegresen senang lepas. Sebab diaorang tau aku travel sorang. Takut tak lepas sebab dalam beg penuh makanan je. Segala jenis ole2 untuk kawan-kawan husband aku, baulu ada, kuih kacang, bepang. Kuih tart sebalang, mak mertua aku bekalkan untuk anak dia.

Before naik, aku sangat-sangat berharap aku jumpa ramai orang malaysia. Tapi aku tengok, 2 tiga orang je yang melayu. Ramai chinese, japanese. Nak cuci mata, tapi jangan kan kata jumpa muka Takuya Kimura, muka macam Takeshi Kaneshiro huh, jauh sekali!!! Non hadooo. Boring

Dalam flight benda yang korang perlu buat, isi form. Ada 2 form, just isi je selit kat pasport. Aku duduk sebelah husband&wife dgn baby diaorang (chinese). Diaorang holiday pergi Kyoto. Perjalanan lebih kurang 5 jam setengah

                                           Jiran sebelah dalam flight                                                 
Siapa kata Air asia tak best? Ok je. Setakat kalau korang duduk, tidur, makan ok la. Makanan not bad. Aku order online. Serius sedap chicken lagsana dia. Lembut. Cuma takde la tibi (tv) korang nak tengok cerita. Setimpal dengan apa yang korang bayar. Aku memang dasar cheapskate. Aku sanggup susah payah sebab beza ticket seribu lebih. Lebih baik guna duit tu untuk hotel ye dok? Dari malaysia memang takde direct to fukuoka. Tapi dari singapore ada, cuma mahal. Total pergi balik from KL to Osaka RM 1500. 

Complete set
                                             
Mak aiiihhh panjang nye entry, ok sambung next.....

                           
                                         
             
Tips travel sorang
  1. Tak perlu bawak beg banyak (aku bawak bag pack & sling bag). Tak check in baggage pun
  2. Bawak lah makanan sikit kalau korang tak confident dengan makanan diaorang (boleh makan bila sampai nanti)
  3. Study sket layout airport yang korang nak pergi tu nanti
  4. Check in siap-siap (web check-in) untuk jimat masa dan mudahkan urusan
  5. Print Itinerary flight siap-siap (sebab kalau nak tanya orang, just tunjuk je)
  6. Aku bawak novel sebab next flight to Fukuoka kena tunggu 4 jam
  7. Jangan lupa bawa pen untuk isi form dalam flight. So tak perlu pinjam orang sebelah
Suruh orang sebelah yang tengah line up tolong ambil picture, hahhaa
Sila abaikan tudung aku yang labuh itewww. Ye, yeeee...aku memang pakai wide shawl tapi tudung aku belum lagi labuh cam tu. Ni aku tak pin tudung kiri kanan sebab senang nak pakai bag pack, tak sangkut. Huh, tengok...benda kecik pun aku noted supaya tak ganggu mood travel solo aku...haha

Theme song : I will survive..hohoho

#PrayforMH370



Sunday, March 30, 2014

Travelog ke Jepang

Assalamualaikum,

Rasanya macam nak aktif semula tulis blog di waktu lapang (insya Allah) tapi tak janji tau 

Ni dah berazam nak tulis pasal japan trip. Sebab haritu aku pergi Fukuoka bandar terbesar di pulau Kyushu. Before pergi Try search interesting place dekat fukuoka dari bloggers2 yang ada. Tapi tak banyak. Yela, kebanyakannya just singgah sehari dua je. Tokyo, osaka, kyoto lebih banyak tempat menarik (kata diaorang)

Tapi, dalam kes aku ni, husband ada business trip almost sebulan kat sana. Ni dah kali kelima dia pergi. 

Sebenarnya kami memang plan nak pergi bercuti before kami buat icsi/ivf (sila google kalau tak tau) insya Allah bulan 5 ni. Nak ada sweet memory berjalan time berdua before kami nak bertiga, berempat atau berlima nanti (insya Allah). Ikutkan nak cuti dalam Malaysia je. 

Tapi dah alang2 husband pergi business trip ke jepun, so aku pun join sekaki.  Lagi pun tengah musim bunga so sempat la tengok sakura. Tumpang rezeki suami. At least kami dah jimat kos untuk seorang.

Plus sempena our wedding anniversary yang ke 4 tahun..Hmmm, dah 4 tahun rupanya. First time tak dapat celebrate sama-sama sebab on 14 March dia dah kat Japan..

Cuma aku kena pergi & balik sorang.
Sorang?????



Ok teaser utk next entry


Tuesday, March 25, 2014

MH370


Assalamualaikum korang. Just nak share betapa sedihnya menerima perkhabaran mengenai kesudahan MH370. Kuasa Allah tiada siapa yg dapat tandingi.

Sedih rasa hati ni, sangat sedih sebab tau time touch down back from Japan. Setiap hari mengikuti perkembangan misi pencarian kehilangan MH370 dengan harapan ada berita baik.

Subuh tadi memang sedih, sampai menangis time doa. Semoga aman roh mangsa yang terlibat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman


 berita berakhirnya MH370

Link mengenai kehilangan MH370

Saturday, March 8, 2014

Aku tak boleh nak tido x_x

Skang pukul 5 stgh pg. Tapi aku msh blom tdo. Aku x tau la kenapa. Ini la masalah aku kalo laki takde. Payoh nak tdo. Sepatotnye time dia ade la aku lyn dia kan??? Ni tak, letak kepala je, terus jalan krrrohhh...krohhhh

Lately aku bizi. Rasa besalah lak kat laki..cam puisi plak hikhik. Ni serius. Bz dgn kje yg bukan hakiki (ni mmg hakak x brape nk gemor dik, tp tepakse) sampai la kje hakiki. 

Sampai laki aku pun mcm dah sound gak la..sbb before ni aku bnyk mase kat opis tu, siap sempat men game lagi..ni jujur aku ckp.

Skang mmg x ade aku nk men game..aku pon kagum dgn ketekunan aku kje, haha. Aku cuma kdg2 baca BN sbb suke bace part comment yg slalunya kelakor & boleh release tension.

Ok, tu je nk bebel smntara tggu subuh, pastu nk krohhhh krohhh smpai pengsan. Allah, sila sampai kan slm pd laki aku yg jauh nun di Jepun. Aku btol2 rase bsalah kali ni sbb dia bnyk pack bju sorang2. Aku just final check..sorry. Aku rase wife yg loser..sekian